Putar Belit Clare Rewcastle Brown Di Sky TV United Kingdom

Malam tadi, Clare Rewcastle Brown telah ke udara di berita Sky TV di UK untuk membicarakan tentang ‘perjuangan’ beliau di Malaysia. Beliau berucap panjang lebar mengenai rasuah yang melibatkan Perdana Menteri. Walaubagaimanapun, beliau tidak menjelaskan bagaimana beliau memperolehi apa yang kononnya bukti-bukti tersebut. Malah, ada di antara bukti-bukti tersebut didakwa telah diubahsuai. Kita tahu ‘bukti’ ini tidak mungkin jatuh dari langit jadi bagaimana beliau boleh memperolehinya? Atau mungkin terdapat seseorang yang memberikan beliau ‘bukti’ tersebut dan menggunakan beliau sebagai alat untuk memalukan Perdana Menteri?

Sesiapa yang tidak mengenali Malaysia pastinya akan rasa begitu kagum dengan Clare yang seakan-akan seorang pejuang yang mencari kebenaran. Kenapa Clare tidak berlaku jujur dan menjelaskan dengan siapa beliau bekerja dan siapakah yang membiayai Sarawak Report kerana beliau telah mengaku menerima dana asing dan tidak telus mengenai butirannya?

Clare berucap seolah-olah Najib Tun Razak telah terbukti disabitkan kesalahan dan bersalah. Sebagai seorang wartawan veteran, pastinya Clare tahu seseorang itu tidak bersalah hingga dibuktikan sebaliknya. Dan Clare, berbicara seolah-olah bukti yang ada itu tidak boleh dipertikaikan dan tepat dan beliau tahu Perdana Menteri bersalah hanya kerana beliau berkata demikian. Clare merupakan hakim, juri dan pelaksana hukuman. Semuanya dalam satu.

Clare nampaknya mempersendakan kebenaran. Beliau berbicara mengenai pemenjaraan Anwar yang merupakan dakwaan yang dibuat-buat tetapi beliau tidak pula berkata mengenai keenganan Anwar untuk disoal balas dan memangggi berdozen saksi beliau untuk menyokong alibi beliau. Malah, satu alibi pun takde. Dan sebab itu Anwar disabitkan bersalah, bukannya atas sebab yang Clare jelaskan.

Clare berkata pembangkang menang lebih dari 50% undi, menyatakan sepatutnya pembangkang yang menjadi kerajaan. Saya terkejut kerana Clare tidak menyedari yang di dalam sistem parlimen Westminster, parti yang menang paling banyak kerusi akan membentuk kerajaan, bukan yang menang paling banyak undi. Bukankah ini yang berlaku di dalam 2 pilihanraya terakhir di UK?

Oleh Salleh Said Keruak,
Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
http://sskeruak.blogspot.com/2015/08/clare-rewcastle-browns-spin-on-sky-tv.html