Sawarak Report Telah Menerbitkan Pengakuan Bertulis Penuh Oleh Xavier Andre Justo Di Laman Web Mereka

Ketika pengakuan penuh dan perbualan WhatsApp Xavier Justo terus dibocorkan dan didedahkan oleh media tempatan dengan sensasi yang turut membabitkan Sarawak Report, Clare Brown, The Edge, ahli politik seperi Nurul Izzah dan Tony Pua, Sarawak Report telah menerbitkan pengakuan bertulis penuh oleh Xavier Justo di laman web mereka.

Memandangkan ramai pengguna di Malaysia tidak lagi boleh mengakses Sarawak report selepas penyiarannya digantung kerajaan setelah Justo dan Polis Thai berkata data itu telah diubahsuai oleh Sarawak Report, saya akan mengeluarkan dokumen penuh di sini.

Saya tidak dapat memastikan pengakuan yang didedahkan oleh Sarawak Report ini 100% tulen (http://goo.gl/befhLi) tetapi kandungannya sangat konsisten dengan apa yang media tempatan laporkan. Tambahan kepada pengakuan tersebut, media tempatan juga mempunyai akses kepada perbualan WhatsApp yang telah disahkan oleh sumber PDRM sebagai hasil dari siasatan polis Thai dan ianya mempunyai implikasi undang-undang di Thailand, Malaysia and Singapura (http://goo.gl/Jljcb0).

Nampaknya Sarawak Report mahu membocorkan dokumen ini dahulu sebelum ianya dibocorkan oleh orang lain supaya Sarawak Report boleh terselamat dari tuduhan konspirasi yang dikenakan ke atas mereka dan mengurangkan reaksi negatif ke atas mereka.

Ketika Sarawak Report dan Clare Brown menjadi makin terdesak apabila butiran mengenai perkara ini telah didedahkan di media dan Justo telah disabitkan bersalah, Sarawak Report kini menuduh kerajaan Switzerland terlibat dengan cubaan merahsiakan oleh kedutaan mereka dan menuduh PetroSaudi menghantar agen rahsia yang menyamar sebagai polis Scotland Yard untuk memanipulasi Xavier Justo yang didakwa oleh Clare mempunyai potensi untuk membunuh diri (http://goo.gl/YF4Pl9). Sarawak Report percaya tuduhan ini akan memberikan justifikasi kepada mereka apabila mereka mendedahkan pengakuan Justo di laman web mereka.

Dalam beberapa bulan kisah mengenai Justo ini mula tersebar, Sarawak Report telah menuduh polis Thai (yang beliau gelar korup http://goo.gl/OmNQ3Y) dan Kerajaan Singapura (yang beliau panggil Sin City yang sentiasa memerhatikan wartawanhttp://goo.gl/WpPSmw) berpakat dengan Malaysia untuk menutup kontroversi 1MDB.

Selain dari mereka segala macam konspirasi teori, Sarawak Report dan pembangkang sangat pandai memilih dokumen untuk dibocorkan tanpa memberitahu cerita sebenar. Memberitahu sebahagian cerita tanpa memberitahu keseluruhan cerita adalah sama seperti menipu dan mereka boleh mempengaruhi cerita seolah-olah mereka melaporkan yang benar.

Sarawak report berkata mereka mempunyai 3 juta emel dari PetroSaudi tetapi hanya menyiarkan sedozen lebih sedikit tetapi tidak mahu menyiarkan yang selebihnya.

Sama seperti apabila satu dunia diberitahu oleh pembangkang dan media yang unit di BSI dan Cayman adalah tidak bernilai, tetapi akhirnya Wall Street Journal mendedahkan unit itu dijamin sepenuhnya oleh Aabar, yang dimiliki oleh Kerajaan Abu Dhabi sejak tahun 2012 – yang bermakna 1MDB telah mencatatkan banyak keuntungan hasil usahasama dengan PetroSaudi, dan bukannya dicuri oleh Jho Low.

Jaminan inilah sebabnya IPIC membayar 1MDB USD 1 bilion pada Jun – yang bersamaan dengan baki unit yang dipegang oleh 1MDB di dalam BSI.

Semestinya, selepas pendedahan ini, Sarawak Report dan pembangkang tidak akan menerangkan fakta berkenaan unit ini dan hanya akan berdiam diri.

Lebih teruk, WSJ telah mendedahkan ahli PAC, termasuk Tony Pua telah diberitahu mengenai ini dan ditunjukkan bukti jaminan Aabar ini tetapi langsung tidak berkata apa-apa dan mengaku yang mereka telah tersilap. Tun Mahathir dan penyokongnya juga sangat senyap mengenai ini walaupun beliau kerap kali menuduh unit ini tidak bernilai.

Oleh Lim Sian See,
http://limsiansee.blogspot.my/2015/09/written-confession-of-xavier-justo.html