“Saya Tidak Nampak Sebarang Salah Laku Dalam Data Asal Berkaitan Urusan Pertosaudi & 1MDB Tetapi Saya Tidak Tahu Apa Yang Clare, Tong Kooi Ong & Ho Kay Tat Lakukan Selepas Menerimanya”

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata polis menerima kerjasama pihak berkuasa Thailand dan akan melakukan segala yang perlu, termasuk membuka kertas siasatan baharu terhadap mereka yang terbabit dalam cubaan menggulingkan kerajaan.

“Ini (prosedur) biasa,” katanya. Sementara itu bekas Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed memberitahu NST, Tony Pua tidak pernah menyatakan sebarang pengetahuan terhadap data yang dicuri atau rundingan mengenainya kepada Jawatankuasa Parlimen, yang bersidang dari Mei ke Julai ( apabila ia digantung sementara) bagi menyiasat 1MDB.

Rundingan berkaitan data yang dicuri itu bermula seawal Mac lalu sebelum berakhir secara tiba-tiba pada akhir Jun apabila Justo ditahan oleh pihak berkuasa Thailand kerana memeras ugus bekas majikannya.

Dalam pengakuannya, Justo berkata, beliau berterus-terang kepada pihak terbabit mengenai data yang dicurinya, sambil menambah Tong Kooi Ong memberi jaminan tiada apa yang perlu dirisaukan dan ‘beliau akan menguruskan semuanya’.

“Saya tidak mengubah atau memalsukan data itu, tetapi saya tidak tahu apa yang Clare, Tong dan Ho Kay Tat lakukan selepas memberinya kepada mereka.”

“Apa yang saya tahu ialah apabila saya melihat data asal PetroSaudi berkaitan urusan dengan 1MDB, saya tidak nampak sebarang salah laku,” katanya dipetik dalam dokumen pengakuan terbabit.

Julai lalu, Protection Group International (PGI) berkata maklumat yang disiarkan Sarawak Report berhubung 1MDB didapati ‘tidak konsisten ‘ dan ‘ tidak boleh dipercayai’ selain wujud beberapa aspek tidak konsisten antara maklumat asal dengan apa yang disiarkan diterbitkan di blog.

Firma Keselamatan siber itu dilantik oleh PetroSaudi untuk menyisat sumber data yang disiarkan secara Online dan mengesahkan kesahihannya.

Pada 24 Jun, 1MDB berkata siasatan ke atas Justo mendapati beberapa e-mel berkaitan dikesan telah diubah. 1MDB juga yakin pihak berkuasa akan menyiasat, mengesahkan fakta dan mengambil tindakan.

Tony Pua, Clare Rewcastle Brown, Tong Kooi Ong dan Ho Kay Tat masing-masing menafikan salah laku atau bersubahat untuk menggulingkan Najib.