sekarang SPRM adalah orang baik apabila tidak lama dahulu mereka dianggap orang jahat

Adalah sangat ironik bagaimana orang jahat berubah menjadi orang baik dalam sekelip mata hanya kerana mereka menentang kerajaan atau Perdana Menteri atau bercakap yang buruk mengenai kerajaan dan pemimpinnya. Mereka yang selama ini dihentam dan dicaci-maki kini disanjung sebagai seorang patriot dan penegak keadilan.

Seperti yang sering diungkap oleh Tun Dr Mahathir Mohamed, “Melayu Mudah Lupa”. Sangat tepat sekali. Bukan setakat orang Melayu, orang Malaysia pun mudah lupa. Kita boleh lupakan 100 jenayah yang anda lakukan asalkan anda menyokong kita.

Jadi sekarang SPRM adalah orang baik apabila tidak lama dahulu mereka dianggap orang jahat dan tak berguna yang kerjanya adalah memenjarakan penyokong pembangkang dan melepaskan penyokong kerajaan. Bekas Peguam Negara juga merupakan orang yang baik apabila beliau memanggil kerajaan tidak berguna dan menuduh terdapat pendakwaan terpilih dan mereka-reka bukti dan memenjarakan orang yang tidak bersalah.

Benar, hanya memerlukan satu ‘kebaikan’ yang diperlukan untuk menentang kerajaan atau pemimpin kerajaan malah, Adolf Hitler juga boleh dimaafkan kerana membunuh 6 juta orang Yahudi dan menyebabkan 60-80 juta orang ramai ketika Perang Dunia Ke-2.

Oleh Raja Petra Kamarudin,
http://www.malaysia-today.net/macc-is-now-the-good-guy-no-longer-the-bad-guy/