Sekolah Satu Aliran : Ianya Perlu Menjadi Keutamaan Kerajaan Ketika Ini

Sekolah satu aliran perlu menjadi keutamaan kerajaan ketika ini sebagai penggerak utama bagi memupuk perpaduan kaum,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar.

Beliau berkata, langkah sedemikian perlu bagi memastikan usaha membentuk perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai bangsa di negara ini dapat dicapai dan dipertahankan.

Sambil memberikan contoh dua anaknya yang kini bersekolah di sebuah sekolah kebangsaan di Putrajaya, kedua-dua mereka masih tidak mendapat rakan yang mewakili semua kaum.

“Anak saya bersekolah di sekolah kebangsaan di Putrajaya, tidak dinafikan mereka mempunyai rakan berbangsa India tetapi tidak berbangsa Cina.

“Sama ada kita suka atau tidak, sesuatu perlu kita lakukan sesuatu untuk masa akan datang,” katanya ketika menjadi panel pada Taklimat Terkini Ekonomi Malaysia 2015 anjuran PEMANDU di Sasana Kijang, Bank Negara di sini, petang ini.