Sudahkah Tony Pua, TUn Mahathir, The Malaysian Insider & Malaysiakini Atau Penyokong Mereka Mengakui Bahawa Unit Di BSI Adalah Bernilai?

Sudahkah Tony Pua, Tun M, The Malaysian Insider dan MalaysiaKini atau penyokong mereka mengakui bahawa unit di BSI milik 1MDB bukannya tidak bernilai?

Bolehkah seseorang menghantar saya pautan berkenaan permohonan maaf atau pengesahan dari mereka?

Seluruh dunia telah diberitahu oleh pihak pembangkang dan media bebas bahawa unit di Cayman dan BSI yang dimiliki oleh 1MDB adalah tidak bernilai tetapi akhirnya Wall Street Journal mendedahkan unit tersebut dijamin sepenuhnya oleh Aabar, yang dimiliki oleh Kerajaan Abu Dhabi sejak tahun 2012 – yang bermaksud 1MDB sebenarnya membuat agak banyak wang daripada perjanjian PetroSaudi dan bukannya berbilion dicuri oleh Jho Low.

Jaminan ini adalah sebab mengapa syarikat induk Aabar yakni IPIC membayar AS$1 bilion kepada 1MDB pada bulan Jun – bersamaan dengan baki unit yang dipegang oleh 1MDB dalam BSI.

Sudah tentu, selepas pendedahan ini, Sarawak Report dan pembangkang tidak menghebahkan fakta tentang unit ini dan berdiam diri.

Lebih buruk lagi adalah bahawa WSJ mendedahkan bahawa ahli-ahli PAC termasuk Tony Pua telah diberitahu dan ditunjukkan dokumen jaminan Aabar tetapi tidak menyebutnya walau sepatah sama sekali dan mengakui bahawa mereka adalah salah.

Tun Mahathir dan penyokong beliau juga sangat senyap mengenai ini walaupun dia telah berulang kali menuduh unit-unit ini tidak bernilai pada masa lalu.

WSJ mengatakan bahawa Tony Pua mengetahui tentang ini di sini: http://www.wsj.com/articles/malaysia-fund-scandal-spreads-to-u-a-e-1441755072

Hanya kerana anda orang terus mengulangi pembohongan selama berbulan-bulan tidak bermakna bahawa ia adalah benar.

Sekarang, sila berlaku jujur dan meminta maaf.

Dan beberapa bulan lepas apabila IPIC membayar 1MDB USD1billion, apa yang The Edge katakan tentang unit BSI yang “tidak bernilai” itu? https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1678821985669922&set=a.1391116647773792.1073741829.100006264096443&type=1

Oleh Lim Sian See,
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1719115884973865&set=a.1391116647773792.1073741829.100006264096443&type=1&theater