Tak Sangka Lim Guan Eng Sanggup Jadi Pembunuh – Pencinta Haiwan

Tidak menyangka Ketua Menteri Pulau Pinang boleh mengambil sikap membunuh dan tidak mempertimbangkankan alternatif lain apabila berhadapan dengan penyakit anjing gila di negeri itu.

Seorang anggota jawatankuasa gabungan NGO ‘Stop Killing, Start Vaccinating‘, Joel Gurprit Singh berkata, membunuh anjing bukan penyelesaian kekal terhadap isu wabak penyakit tersebut.

“Kerajaan Negeri (Pulau Pinang) harus telus kerana pada akhirnya kerajaan negeri adalah dilantik (rakyat). Ia bukan kerajaan yang dilantik.

“Awak tidak boleh Kowtow (tunduk) kepada ahli majlis eksekutif awak. Awak tidak boleh kowtow kepada Ketua Menteri.

“Sudah semestinya hormat kepada ketua, tetapi kena ingat, mereka (ketua) harus mendengar suara rakyat (pengundi).

“Ini kali pertama rakyat memanggilnya sebagai pembunuh..”

Dengar kenyataan penuh jawatankuasa pencinta haiwan Pulau Pinang :https://www.facebook.com/brylcream.lim/videos/794516527360268/