Tarikan Pelancong Terbaru Di Pulau Pinang: Air Terjun ‘Teh Tarik’. Kesan Penerokaan Bukit & Hutan Berhampiran

Pulau Pinang dilanda banjir teruk pada hujung minggu.

Pada masa yang sama, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng secara misteri berada di Johor menyertai penduduk tempatan membantah pemotongan air.

Banyak air percuma di Pulau Pinang dalam bentuk banjir (alasan Lim Guan Eng adalah, “Tiada hujan bermakna tiada banjir”) manakala Tokong membantah pemotongan air di Johor – klasik.

Sebenarnya, Pulau Pinang tidak memberi air percuma seperti Selangor, tetapi kerajaan Pulau Pinang nampaknya kini memberi percuma air “teh tarik” untuk rakyat mereka.

Malah, mereka begitu murah hati dengan selain membanjiri jalan-jalan di hadapan rumah, “teh tarik percuma” juga turun bagai air terjun dari atas Botak Hills yang terkenal di Pulau Pinang – yang telah dibangunkan secara misteri di sebalik pengharaman pembangunan di puncak bukit.

Lim Guan Eng sebelum ini menafikan mengetahui tentang penerokaan tanah pada Bukit Botak walaupun pejabatnya menghadap ke bukit itu.

Walau apa pun, Malaysia kini mempunyai tarikan baru pelancong – air terjun teh tarik pertama di dunia yang tidak lama lagi boleh menyaingi air terjun Niagara.

Warna air terjun macam teh tarik: http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/warna-air-terjun-macam-teh-tarik-1.430669

Oleh Lim Sian See,
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1719861224899331&set=pcb.1719862318232555&type=1&theater