Tiada Tahaluf Siyasi Dengan Orang Yang Khianat – Abdul Hadi Awang, Presiden Pas

Tiada tahaluf siyasi (kerjasama politik) dengan orang yang khianat, tegas Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang

Beliau berkata demikian ketika program Mukhayyam Tarbawi PAS kawasan Machang di Rusila, 3 September.

“Orang yang khianat kepada perjuangan lebih teruk daripada lawan. Kita boleh tahaluf dengan lawan.

“(Tetapi) orang yang khianat dengan perjuangan tidak ada pilihan sama ada dia balik (semula ke PAS) ataupun dia dihapuskan.

“Ini cara perjuangan Islam…zaman Nabi (Muhamad SAW) pun tidak peluang kepada orang yang khianat ni..,”katanya

Tambah beliau, jika orang yang khianat itu masih mahu bertahaluf, ia bukan berasaskan prinsip Islam sebaliknya ia bertitik tolak daripada sikap oportunis, iaitu orang yang suka mengambil kesempatan daripada sesuatu keadaan untuk kepentingan peribadi.

“Mereka ini (pernah) duduk dalam kita. Tahu kita yang memahami kita, bukannya orang tidak faham kita. Tiba-tiba dia lari, dia keluar

“Kalau dia nak bertahaluf (juga), dia oportunis..bukan di atas asas perjuangan Islam,”katanya lagi.

Lihat video Abdul Hadi Awang:

Sumber: https://aidcnews.wordpress.com/2015/09/17/tiada-tahaluf-siyasi-dengan-orang-yang-khianat-hadi/