Tony Pua Diminta ‘Tampil Bersih’ & ‘Jangan Cakap Tak Serupa Bikin’

1MDB berasa kecewa apabila mengetahui ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC), YB Tony Pua telah mengaku bahawa beliau telah memperkenalkan Clare Rewcastle Brown kepada Datuk Tong Kooi Ong dan Ho Kay Tat dari The Edge Media Group. Kami juga mengambil maklum dari laporan media yang YB Tony tidak menafikan yang Clare Rewcastle Brown telah berurusan dengan dokumen curi.

Di dalam satu kenyataan hari ini, YB Tony Pua telah menggesa 1MDB untuk “tampil bersih” dan isu susunan bon dan jaminan oleh Internatioal Petroleum Investment Corporation (IPIC) yang berpangkalan di Abu Dhabi. Kami mengingatkan Tony Pua bahawa syarat-syarat utama bon itu dan jaminan IPIC terkandung dalam akaun-akaun 1MDB yang telah diaudit bertarikh 31 Mac 2013 dan 31 March 2014. Ini merupakan dokumen yang boleh diakses oleh umum. 1MDB juga memberi jawapan terperinci berhubung laporan Wall Street Journal pada 9 September 2015, mempertahankan akaun-akaun yang telah diaudit dan mengesahkan ia tidak boleh mengulas atau mengetahui pengaturan perakaunan pihak ketiga, seperti IPIC atau Aabar.

Walaubagaimanapun, YB Tony Pua cepat memberikan respon kepada jawapan terperinci tersebut dengan memberikan lebih banyak soalan. Seseorang itu pasti tahu beliau sememangnya tidak berminat untuk mengetahui jawapannya. Kami juga mengambil maklum laporan yang memetik Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sebagai berkata, berkaitan dengan YB Tony Pua, polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 120, Kanun Keseksaan untuk menyiasat dakwaan cubaan untuk menumbangkan kerajaan. KPN telah dipetik sebagai berkata “Ingat, kita tidak menyiasat berdasarkan apa yang dilaporkan oleh media….(tapi) ini merupakan apa yang sebenarnya diucapkan oleh beliau (Pua). Oleh itu, kami perlu memanggil beliau semula. Beliau (Pua) sendiri mengakui ada beberapa perkara yang beliau tidak jelaskan apabila kami mula-mula memanggil beliau. Mungkin beliau terlupa ketika itu. Dan baru sekarang beliau ingat. Jadi kami akan memanggil beliau semula.”

Kami berharap YB Tony Pua akan “tampil bersih” dengan jawapan beliau kepada polis.

1MDB, secara konsisten, mengamalkan forum yang paling baik untuk berkongsi maklumat adalah kepada pihak berkuasa yang sedang menyiasat 1MDB, termasuk PAC. nampaknya YB Tony Pua, selain dari peranan beliau di dalam PAC, ingin menjadi hakim, juri, dan penghukum 1MDB.

1MDB kecewa apabila mendengar dakwaan tindakan oleh YB Tony Pua tersebut. Walaupun kami mempunyai pendapat yang berbeza dengan beliau, kami menghormati semangat dan fokus beliau. Sekarang, YB Tony Pua kini berada di dalam siasatan polis, kami ingin mendesak YB Tony Pua untuk mengamalkan apa yang selama ini beliau cakapkan pada orang lain dan meletak jawatan dari PAC, sementara beliau membuktikan beliau tidak bersalah atas pelbagai tuduhan yang dikenakan ke atas beliau.

http://www.1mdb.com.my/bm/siaran-media/“practise-what-you-preach”