Tony Pua Hanya Menunggu Berita Sensasi Media Asing Dan Mengulangi Soalan Sama Tanpa Hirau Jawapan Yang Telah Diberi

1Malaysia Development Berhad (1MDB) menggelar Ahli Parlimen DAP, Tony Pua sebagai `kitar semula dan penggunaan semula’ (recycled dan reused) berhubung kenyataan terkininya.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, syarikat pelaburan milik kerajaan itu berkata, Pua sekali lagi menggunakan modus operandi yang sama berhubung perkara yang berkaitan dengan 1MDB apabila mengulas mengenai dakwaan oleh Wall Street Journal terhadap 1MDB.

“Inilah apa yang dia lakukan, pertama, dia menantikan dakwaan tanpa bukti dan sensasi yang akan dibuat, sebaik-baiknya oleh media asing.

“Kemudian, dia tanpa malu memikul dakwaan ini dengan mengulang soalan yang sama dan apabila jawapan diberikan dan fakta dikongsi dan dia dibuktikan salah, dia kemudian mengabaikan fakta, tukar topik, membuat kenyataan beremosi dan diam-diam menunggu dakwaan tanpa bukti dan sensasi berikutanya,” menurut kenyataan itu.

Katanya, bertentangan dengan dakwaan tidak berasas oleh Wall Street Journal, 1MDB mempersoalkan kesahihannya berasaskan bukti yang kukuh.

“Bukti seperti pelbagai pengakuan angkuh oleh Wall Street Journal sendiri bahawa mereka sudah meneliti dokumen yang menjadi sebahagian daripada siasatan 1MDB oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), di mana Tony Pua sebagai ahli utama.

“Pelanggaran prosedur Parlimen dan undang-undang Malaysia yang jelas ini mengejutkan, sekurang-kurangnya boleh dikatakan, sebagai ahli PAC, dia sepatutnya mendiamkan diri dalam hal ini.”

1MDB juga turut mempersoalkan mengapa ia berlaku.

“Bagi mengelakkan menjadi hipokrit, Pua kini harus `bangun dan bersuara’ dan menuntut siasatan menyeluruh dan serta-merta mengenai pelanggaran undang-undang serius PAC dan prosedur Parlimen.”

Sumber: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/09/20/tony-pua-tak-malu-pikul-dakwaan-sensasi-yang-tak-berasas-dakwa-1mdb/