Tony Pua Mengaku Perkenalkan Clare Rewcastle Brown Dengan Pengurusan Kanan The Edge

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua semalam mengaku memperkenalkan Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle -Brown, Individu melancarkan kempen memburukkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kepada pengurusan kanan The Edge Media Group.

Pua membuat pengakuan itu susulan kemunculan bukti siasatan kes bekas eksekutif Petro Saudi International ( PetroSaudi), Xavier Andre Justo, tetapi pada masa sama menegaskan tidak mempunyai kaitan terhadap kebocoran maklumat atau sebarang transaksi.

Bagaimanapun Pua enggan enggan menjawab ketika ditanya New Straits Times ( NST) menerusi WhatsApp, sama ada munasabah bagi seorang individu yang menjadi orang tengah penjualan komoditi dikatakan bernilai AS$2 juta (RM8.62 Juta), tidak mahu mengetahui apa yang cuba dijual, kesahihannya atau sumbernya.

Pua turut ditanya sama ada menyedari ketika itu beliau membantu penjualan data yang dicuri. Ketika menjawab, Pua bertanya sama ada NST cuba melemparkan tuduhan terhadapnya.

Berdasarkan dokumen siasatan pihak berkuasa Thailand, Rewcastle -Brown yang bertindak sebagai Broker Justo dalam penjualan data yang dicuri daripada PetroSaudi, menghubungi Justo pada Februari 2015 dan memberitahu beliau bersama Pua, sudah mengatur mengatur penjualan data dicuri itu kepada pemilik The Edge Media Group, Datuk Tong Kooi Ong.

Nama Tony Pua timbul beberapa kali dalam pengakuan bertulis Justo dan Transkrip mesej WhatsApp selama tiga bulan membabitkan Rewcastle Brown, Justo dan pengurusan kanan The Edge, Kooi Ong serta Ho Kay Tat yang didakwa memulakan perbualan itu.

Dalam satu perbualan WhatsApp antara Justo dan Rewcastle Brown (mereka menggunakan nama samaran Fullerton dan Athene Ban) bagi membincangkan bayaran dijanji kepada Justo tetapi belum dilunaskan, Rewcastle-Brown memberitahu Justo (terjemahan): “Saya sudah meminta Tony mengatur pertemuan dengan Tong.”

Justo dalam balasannya, meminta Rewcastle-Brown menguruskan perkara itu dan berkata, “Anda buat keputusan, Saya sangka Tony adalah kelebihannya. Jika mereka tidak mempedulikan Tony, apa yang orang lain boleh lakukan.”

Clare menjawab, “OK. Tunggu Tony untuk menyelesaikan perkara ini. Dia memperkenalkan saya dan sudah terbabit. Saya mengandaikan tiada pihak yang mahu menarik diri.”

Dalam perbualan yang menggambarkan kesabaran Justo semakin menipis, Rewcastle-Brown turut didakwa berkata: “Saya sudah beritahu Tony, kalau dia tak bayar, dia akan dilihat seperti beruurusan dengan saya pada ketika anda (Justo) mengugut (untuk mendedahkan perjanjian).”