Tranparency International Terima Derma Dari Syarikat Konglomerat Korup – Corporate Crime Reporter

Transparency International (TI) didakwa telah melanggar polisi pertubuhannya sendiri apabila menerima derma sebanyak $3 Million Daripada Siemens, lapor Corporate Crime Reporter.
http://www.corporatecrimereporter.com/news/200/siemens-donates-3-million-transparency-international/

Siemens sebuah syarikat konglomerat multinasional Jerman yang beribu pejabat di Berlin dan Munich adalah syarikat kejuruteraan terbesar di Eropah telah terlibat dalam kes rasuah di Greece, Norway, Iraq, Vietnam, Itali, Israel, Argentina, Venezuela, China dan Rusia.

Namun, syarikat konglomerat yang terpalit dengan isu rasuah itu memberi derma pula kepada organisasi yang mendakwa badannya anti-rasuah, Transparency International.

“Siemens telah menderma $ 3 juta kepada organisasi anti-rasuah yang terkemuka di dunia, yang berpangkalan di Berlin, Transparency International.

“Siemens telah mengaku bersalah terhadap memberi rasuah pada tahun 2008 dan membayar lebih daripada $ 1.6 bilion dalam penaltinya.

“Siemens telah terlibat dalam rasuah di Greece, Norway, Iraq, Vietnam, Itali, Israel, Argentina, Venezuela, China dan Rusia,” lapor laman Corporate Crime Reporter itu.

“Ini menunjukkan bahawa Transparency International tidak begitu tulen sebagaimana yang anda fikir,” kata sumber dalaman Transparency International, yang tidak mahu dikenalpasti kerana takut dengan tindakan balas badan tersebut.

“Dasar Transparency International sendiri melarang menerima wang daripada syarikat-syarikat yang didakwa mengamalkan rasuah. Walaupun skandal rasuah Siemens berlaku pada tahun 2006, syarikat itu masih dalam siasatan lebih daripada 20 buah negara – di Eropah, Asia, Amerika, Afrika dan Timur Tengah.

“Di seluruh dunia, Siemens masih dalam syak wasangka. Reputasi adalah aset yang paling berharga yang dimiliki Transparency International. Tetapi pihak pengurusan (Transparency International) telah membuat pilihan untuk menerima $3 million daripada Siemens untuk menyokong $70 million bajet organisasi itu di peringkat antarabangsa berisiko merosakkan reputasinya.

“Derma itu kurang daripada 5 peratus daripada bajet TI. Adakah ini benar-benar berbaloi? ”

“Bagaimana orang ramai boleh mempercayai TI? NGO anti-rasuah yang terkemuka di dunia kini mengambil wang dari sebuah organisasi penjenayah korporat yang paling teruk di dunia.

“Orang ramai perlu mula bertanya soalan itu. “lapor laman itu lagi.

Sumber: https://aidcnews.wordpress.com/2015/09/05/transparency-international-ti-tidak-beretika-terima-derma-3-million-daripada-siemens/