Tun Mahathir Menuduh Tun Abdullah & Khairy Jamaluddin Segala Jenis Penyelewengan & Rasuah Untuk Beberapa Tahun Dan Tiba-tiba Berhenti Menuduh Selepas Tun Abdullah Digulingkan & Mereka Tidak Pernah Disabitkan Apa-Apa

Biar saya mengingatkan semua bahawa Tun Mahathir menuduh Pak Lah dan Khairy Jamaludin segala jenis penyelewengan dan rasuah untuk beberapa tahun. Dia juga meninggalkan UMNO kerana membantah.

Tetapi selepas Pak Lah digulingkan, dia tiba-tiba berhenti menuduh Pak Lah dan KJ. Pak Lah dan KJ tidak pernah disabitkan dengan apa-apa. KJ juga kemudian menjadi Ketua Pemuda UMNO dua kali dan menjadi menteri penuh.

Siapa yang mahu bertaruh bahawa Tun Mahathir adalah di belakang Matthias Chang dan Khairuddin Abu Hassan yang terbang ke seluruh dunia untuk membuat laporan?

Sebagaimana ICAC yang menyiasat dan kemudian membersihkan CM Sabah, Datuk Musa Aman tiga tahun lalu berkata, “Jika laporan dikemukakan, ICAC diwajibkan oleh undang-undang untuk membuka kes dan menyiasat.”

Walau bagaimanapun, Polis kini telah mendakwa bahawa dokumen-dokumen yang dikemukakan oleh Khairuddin kepada agensi-agensi asing adalah palsu. Sudah tentu agensi kita akan mengambil masa untuk menyiasat dan menentukan sama ada ia adalah palsu atau tidak.

Namun ia sebenarnya bagus untuk Najib dan 1MDB bahawa agensi-agensi asing kini menyiasat mereka. Jika agensi-agensi ini membebaskan Najib dan 1MDB maka tiada siapa yang dapat berkata apa-apa lagi – tetapi ini akan mengambil sedikit masa.

Oleh Lim Sian See,
https://www.facebook.com/lim.siansee/posts/1721576508061136