Wakil Transparency International Yang Hina Sistem Keadilan & Pencegahan Rasuah Malaysia Datang Dari Negara Jauh Lebih KORUP

Ada puak yang bertepuk tangan sambil bersorak sana sini dan memanjangkan hujah Jose Ugas yang mewakili Peru dalam satu majlis Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa (IACC) mempersoalkan Perdana Menteri Malaysia dan 1MDB.

Gambaran yang diberikan oleh wakil dari Peru itu ialah, Malaysia sangat rasuah. Najib adalah pengamal rasuah. 1MDB adalah rasuah serta penyelewengan.

Dan puak-puak yang selama ini memberi label-label tersebut terhadap Najib dan 1MDB, bersorak sakan sambil berkata, Najib telah memalukan negara di pentas antarabangsa apabila perangai hodohnya itu sudah menjadi buah mulut rakyat antarabangsa.

Menariknya juga, mereka terlupa bahawa ranking Peru dari segi indeks rasuah berbanding Malaysia jauh lebih teruk. Dan diketahui juga, Peru tidak pernah membangun walaupun sudah bertukar-tukar Presiden termasuklah Fujimori yang disifatkan sebagai antara raja perasuah terbesar dunia bersama-sama anak perempuannya.

Peru hanya mampu mendapat markah di antara 30-38 sejak tahun 1998 hingga 2014, malah menduduki tangga ke 80 hingga 85 sahaja. Sedangkan negara kita Malaysia bertambah baik setiap tahun dengan ranking 2014 menduduki tangga ke 50 berbanding Peru di tangga 85 ! Patutkah kita medengar orang Peru mengajar kita sedangkan kes rasuah Alberto Fujimori bernilai $40M pun terhegeh-hegeh menyelesaikannya.

Lagipun, serangan berbentuk peribadi Jose Aguz itu sangat luar biasa daripada kebiasaan. Adakah ucapan itu ada di dalam agenda asal? Adakah Jose Aguz membuat bacaan? Adakah Jose Aguz mendengar penjelasan di pihak kerajaan? Jawapannya, tidak kerana jelas Jose Aguz kelihatan mempunyai agenda buruk. Tetapi, tindakan Jose Aguz itu tidak juga akan menjatuhkan Najib kerana budaya negara ini ialah orang asing tidak boleh menentukan hala tuju negara kita, apatah lagi campurtangan di dalam urusan pentadbiran negara kita.

Penjelasan tentang 1MDB telah diberikan oleh pihak berkenaan dari semasa ke semasa. Semua tuduhan yang dibuat, termasuklah oleh bekas Perdana Menteri Malaysia telah dijawab satu persatu. Bahkan ketika Tony Pua mengitar semula soalan yang sama buat kali ke-38, Arul Kanda dan 1MDB masih tetap menjawabnya dengan nada sama.

Sehingga setakat ini, yang ada hanyalah tuduhan demi tuduhan. Walaupun telah dijawab, tetapi memandangkan jawapannya tidak bersesuaian dengan jiwa dan kehendak mereka, soalan-soalan dan tuduhan-tuduhan kitar semula terus diperdengarkan.