Xavier Andre Justo Akan Dedahkan ‘Kisah Sebenar’

Mereka telah menipu beliau sebanyak US$2 juta (dan ini adalah sebelum dolar naik mendadak berbanding Ringgit atau Bhat) dan beliau sedang merenung nasibnya yang akan dipenjarakan selama 3 tahun di penjara Thailand, jadi sudah tentu anda akan memahami mengapa beliau agak marah.

“Saya mahu orang ramai mengetahui cerita sebenar,” Justo memberitahu akhbar Singapura The Straits Times.

Jangan fikir saya akan bersimpati dengan anda tetapi apa salahnya, ceritakan apa yang terjadi!



Bekas Eksekutif PetroSaudi akan merayu hukuman penjara 3 tahun yang dijatuhkan ke atasnya:

Xavier Andre Justo, warga Switzerland yang ditahan di Bangkok atas sabitan ke peras ugut – dan terlibat di dalam skandal kewangan yang melibatkan politik Malaysia – merancang untuk merayu hukuman penjara 3 tahun yang dijatuhkan ke atas beliau, beritahunya kepada The Straits Times.

“Saya tak menjangkanya selama 3 tahun,” kata beliau. Hukuman terhadap beliau telah dijatuhkan pada 17 Ogos, tetapi telah menjangkakan kerjasama beliau dengan polis dan pengakuan penuh telah memungkinkan hukuman yang lebih ringan.

Beliau mempunyai hingga 17 September untuk memfailkan rayuan. Sementara itu, beliau sedang mencari seorang peguam Thai yang baru, kata beliau dari pusat tahanan Klong Prem di Bangkok, tempat beliau menjalani hukumannya. Peguam Swiss beliau Marc Henzelin hadir ketika temuramah ini.

Ketika ditanya berkenaan butiran pengakuan beliau – dan salinan perbualan WhatsApp antara beliau dan kumpulan yang ingin membeli data yang dicuri oleh beliau yang termeterai di Singapura – telah diberikan kepada polis Malaysia atau tidak, beliau sekadar menjawab “Saya tak tahu”. Tiada mana-mana pihak dari Malaysia yang telah menghubungi beliau.

Beliau juga mengkritik label yang dikenakan ke atas diri beliau iaitu ‘pembocor maklumat’ yang menjual data yang dicuri dari bekas majikannya PetroSaudi, yang mengandungi butiran perjanjian di antara firma Arab Saudi itu dengan syarikat pelaburan strategik Malaysia yang bermasalah 1MDB. Perdana Menteri Malaysia Najib Razak mengetuai lembaga penasihat 1MDB.

“Saya bukan pembocor maklumat,” tegas Justo. “Memang mudah untuk dilihat sebagai pembocor maklumat tetapi saya bukan salah seorang daripadanya. Mereka (pembeli) mempunyai agenda politik yang saya tidak ketahui butirannya. Saya tak tahu apa yang ada di dalam fail-fail tersebut. Saya tidak tahu yang mereka cuba menjatuhkan sebuah kerajaan. Saya bodoh ketika itu,” dakwa beliau.

Justo, yang berhenti dari PetroSaudi pada 2011, menuntut 2.5 juta swiss francs ($S3.7 juta) dari Ketua Pegawai Eksekutif PetroSaudi pada tahun 2013 untuk tidak mendedahkan maklumat yang beliau ketahui mengenai syarikat tersebut. Syarikat telah membayar beliau sekali dan enggan membayar beliau sekali lagi, dan terus memfailkan aduan terhadap polis Thailand pada bulan 5 tahun ini. Pada Jun, beliau telah ditangkap di kediaman mewahnya di Koh Samui, Thailand.

Dalam satu temubual ekslusif dengan Straits Times pada 23 Julai ketika di dalam tahanan, Justo telah mendedahkan yang beliau telah ditawarkan US$2 juta (S$2.8 juta) – yang tidak pernah dibayar – untuk data-data yang dicuri itu oleh ahli perniagaan Malaysia Tong Kooi Ong, pemilik The Edge Media Group.

Beliau mendakwa mereka yang ditemui di perbincangan tersebut, termasuklah editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown, telah bercakap yang data itu akan digunakan untuk menjatuhkan Kerajaan Malaysia dan juga berbicara untuk ‘mengubahsuai’ data tersebut.

Pada hari pendedahan itu diterbitkan, Mr Tong dalam satu kenyataan bersama dengan penerbit The Edge Group Ho Koy Tat mengakui yang mereka telah memperdayakan Justo supaya mempercayai yang beliau akan dibayar. “Itu sahaja caranya untuk mendapatkan bukti dan mendedahkan sekumupulan kecil individu dari Malaysia dan luar negara telah menipu rakyat Malaysia sebanyak US$1.83 bilion,” kata mereka sambil menafikan yang mereka telah mengubahsuai data tersebut.

Pada Selasa, Justo, berkaki ayam, dan memakai pakaian yang dibekalkan oleh penjara, berkata beliau dilayan baik di dalam penjara, melebihi jangkaan awalnya. “Saya makan 3 kali sehari, saya mandi 2 kali sehari, semua orang, dari banduan dan pegawai, sangat baik kepada saya,” kata beliau.

Selain dari Straits Times, beliau juga telah bercakap kepada sekurang-kurangnya 2 media Eropah. “Saya mahu orang semua mengetahui cerita sebenar, bukan setakat apa yang ditulis tentang dan mengenai saya saja,” katanya kepada The Straits Times.

Sumber: http://www.rockybru.com.my/2015/09/be-scared-be-very-scared-justo-to-tell.html