1MDB : Apakah BNM Mengakui Selepas Berbulan Penyiasatan Tiada Langsung Unsur Jenayah Ditemui

Mengapa BNM tidak mencadangkan kepada Peguam Negara untuk memfailkan tuduhan terhadap 1MDB berdasarkan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001 atau Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Akta Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2014 yang dibaiktambah?

BNM berkata ia telah menyelesaikan siasatan berbulan lamanya dan dua kali mengemukakan cadangan yang sama itu kepada Peguam Negara iaitu BNM hanya mencadangkan dakwaan terhadap 1MDB berdasarkan akta lama Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 (ECA) – yang semata-mata tentang pengisian borang online dan subjektif terhadap tafsiran BNM sama ada maklumat itu lengkap atau tidak.

Dalam erti kata BNM, pertuduhan itu adalah bahawa kelulusan bagi pemindahan dana “telah diperolehi berdasarkan maklumat bahan aplikasi 1MDB tidak tepat atau tanpa pendedahan lengkap yang relevan dengan penilaian bank”.

Tiada menyebut penipuan berniat jahat dalam perisytiharan itu sama sekali. Dan tidak juga menyebut wang hilang atau wang haram.

Tetapi saya ingatkan Sarawak Report, Khairuddin Abu Hassan, Matthias Chang dan Bruno Manser Foundation membuat laporan di seluruh dunia terhadap 1MDB berdasarkan pengubahan wang haram?

Saya tidak fikir agensi-agensi di 8 buah negara yang menerima laporan sekumpulan ini akan mengambil berat tentang Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 Malaysia mengenai bentuk-pengisian borang – mereka akan lebih prihatin terhadap pengubahan wang haram.

Tidak hairanlah tiada negara atau agensi yang menghubungi 1MDB lagi.

Apakah BNM kini mengakui bahawa selepas berbulan “dengan penuh bertanggungjawab telah menjalankan siasatan pada tahap profesional yang paling tinggi dan terperinci”, mereka tidak dapat mencari apa-apa bukti pengubahan wang haram atau kehilangan wang?

Dan untuk BNM membatalkan kelulusan mereka selepas meluluskan 3 kali 6 tahun kemudiannya agak diragui.

BNM juga tidak menyebut apa-apa tentang RICO yang sering dispin juga.

Oleh Lim Sian See,
https://www.facebook.com/lim.siansee/posts/1727460447472742