1MDB : Pencuri Dokumen Beri Polis Thailand Kandungan Dokumen Yang Telah Diubahsuai

Xavier Justo memberitahu Mahkamah Thai yang dia sepatutnya diberi hukuman lebih ringan kerana dia bukanlah orang yang mengubahsuai dokumen-dokumen untuk memfitnah 1MDB dan Najib.

Dia memberikan 59 muka surat bukti pengubahsuaianm itu. Akan menjadi lebih menarik jika Polis Malaysia dapat memiliki bukti 59 muka surat ini.

Dia tahu bahawa penjara Thai tidak begitu selesa dan jika dia berani mengemukakan 59 muka surat pembohongan kepada hakim dalam rayuannya, dia akan berada terus di sana untuk tempoh yang lebih lama.

Saya rasa mereka yang terbabit di sini akan menjadi agak goyah sekarang.

Dan saya berharap Matthias dan Khairuddin tidak mengemukakan mana-mana dokumen yang telah diubahsuai ini dalam laporan polis mereka kepada 7 negara yang berbeza.

Tetapi jika mereka lakukannya, selamat maju jaya.

http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/justo-files-appeal-for-lighter-sentence