1MDB : Pencuri Maklumat Mahu Hukuman Diringankan, Pengubahsuai Dokumen Harus Bertanggungjawab Atas Kerosakan Imej PM Malaysia

Warganegara Swiss Xavier Andre Justo telah merayu ke atas hukuman penjara 3 tahun yang telah dijatuhkan ke atas beliau oleh Mahkamah Jenayah Bangkok Selatan pada 17 Ogos lepas kerana memeras ugut bekas majikan beliau PetroSaudi International.

Peguam baru beliau Worrasit Piriyawiboon telah memfailkan rayuan di dalam mahkamah pada pagi ini, setebal 59 muka surat dokumen sokongan berkaitan, hanya dua hari sebelum tempoh rayuan berakhir.

Antara sebab-sebab rayuan adalah Justo tidak mengubahsuai dokumen tersebut kerana beliau hanya mencurinya dari PetroSaudi dan ini merupakan kesalahan pertama beliau.

Worrasit berkata, sebarang imej dan reputasi Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah terjejas adalah angkara pihak ketiga yang telah mereka dan mengubah suai dokumen yang mereka terima dari Justo.

Beliau berkata Justo tidak terlibat dengan pengubahsuaian dokumen tersebut.

“Mereka yang telah mengubahsuai dokumen tersebut yang patut dipertanggungjawabkan dan diambil tindakan,” ujar Worrasit kepada Bernama selepas memfailkan rayuan, hari ini.

Worrasit berkata, pada pendapat beliau, peranan Justo dalam kes ini tidak serius kerana dokumen tersebut diubahsuai oleh pihak lain.

“Dokumen tersebut tidak ditunjukkan di mahkamah, untuk menunjukkan kerosakkan yang terjadi kepada pihak yang terlibat. Juga, maklumat tersebut yang telah didakwa menyebabkan kerosakan telah dipalsukan oleh orang lain, bukan klien saya,” kata peguam tersebut, yang telah menyerah dokumen rayuan sebelum tarikh akhir pada Jumaat ini.

Beliau menambah, rayuan itu juga merujuk kepada sidang media oleh mantan ketua polis Thailand Jeneral Polis Somyot Poompunmuang dan jurucakap polis Lt. Jeneral Polis Prawut Thavornsiri pada 16 Julai, apabila mereka berkata maklumat berkaitan dengan kes Justo telah diubahsuai untuk menyerang seorang pemimpin negara jiran.

http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/justo-files-appeal-for-lighter-sentence

http://www.bangkokpost.com/news/general/729680/swiss-blackmailer-appeals-for-suspended-jail-term

Sumber:https://www.facebook.com/BukanZombie/photos/a.176411609205284.1073741827.176409242538854/489255077920934/?type=3