1MDB : Presiden 1MDB Jawab Fitnah Sarawak Report

Arul Kanda menjawab dakwaan terbaru daripada Sarawak Report, blog yang kini diharamkan di Malaysia, yang mendakwanya berbohong tentang wang tunai di bank dalam artikel terbarunya.

Beliau berkata walaupun Sarawak Report telah menerbitkan beberapa dokumen yang didakwa ada kaitan dengan 1MDB sebelum ini: “Saya boleh mengesahkan bahawa – dalam kes ini – ia seolah-olah telah menerbitkan satu dokumen 1MDB yang sah, iaitu minit mesyuarat lembaga pengarah pada 12 Januari 2015.

Arul Kanda berkata ia adalah mesyuarat lembaga pengarah 1MDB pertama yang beliau hadiri, yang diadakan genap seminggu selepas beliau menyertai syarikat itu pada 5 Jan 2015.

Pada mesyuarat itu, beliau mengakui bahawa beliau menyatakan kepada lembaga pengarah, berdasarkan pemahaman beliau tentang peristiwa-peristiwa yang berlaku sebelum beliau, bahawa penebusan unit dana dibuat secara tunai bagi sejumlah US$940 juta.

Bagaimanapun, apabila siasatan lanjut dan pengesahan, adalah jelas bahawa ini adalah salah faham, yang kemudiannya beliau jelaskan kepada lembaga pengarah dan Kementerian Kewangan.

“Penjelasan ini jelas dicatatkan dalam minit mesyuarat lembaga pengarah berikutnya dan boleh disahkan.

“Pada 13 Januari 2015, saya mengesahkan melalui satu kenyataan media bahawa baki US$1.11 bilion telah ditebus, sepenuhnya.
Malangnya, tidak dibuat secara jelas, adalah bahawa penebusan berlaku sebahagiannya secara tunai dan sebahagiannya melalui jualan unit dana, dengan bayaran tunai tertangguh,” katanya.

Beliau berkata perbezaan yang penting inilah yang menyebabkan salah tafsir kenyataan beliau, pertama dalam satu wawancara media pada 9 Februari 2015 dan kemudiannya oleh Kementerian Kewangan, dalam jawapan di Parlimen pada 12 Mac 2015.

“Saya telah menerangkan secara terperinci mengenai urutan peristiwa kepada Jabatan Audit Negara dan kepada juruaudit 1MDB, Deloitte, sebagai sebahagian daripada kajian terperinci dan profesional mereka bagi transaksi 1MDB sebelumnya.

“Selain itu, saya dengan secara terbuka mengambil tanggungjawab penuh pada Jun 2015 bagi salah faham mengenai perkara ini,” katanya.