Adakah Tun M Tahu Bahawa Dokumen 1MDB Yang Disebarkan Itu Telah Diubah Suai

Polis Malaysia sedang mendapatkan kenyataan Xavier Andre Justo berhubung dengan dokumen yang diterbitkan oleh The Edge. Fokusnya adalah dakwaan The Edge telah membeli dokumen curi ini (walaupun mereka berkata mereka telah menipu Justo dan tidak membayar USD2 juta yang telah dipersetujui) dan mengubahsuai dokumen tersebut.

Polis mempunyai salinan asal dokumen yang dicuri yang boleh dibandingkan dengan versi yang telah diterbitkan, untuk mengesahkan dokumen yang dibeli dan yang diterbitkan adalah palsu. Maka, The Edge telah mengubahsuai dokumen tersebut.

Ini pastinya tidak akan diterima baik oleh dua ‘kepala’ The Edge dan individu seperti Tony Pua dan pembantu Tun Dr Mahathir, Sufi Yusof, yang telah dikenalpasti sebagai broker atau orang tengah di dalam proses jual beli dokumen untuk The Edge.

Apabila polis telah mengesahkan dokumen tersebut benar-benar diubahsuai, maka satu lagi sesi tangkapan akan dibuat. Lebih ramai yang akan menyertai Khairuddin Abu Hassan dan Matthias Chang di dalam lokap nanti.

Persoalannya sekarang, adakah Dr Mahathir tahu dokumen tersebut dicuri dan diubahsuai? Atau apabila ianya telah dibuktikan diubahsuai, adakah Dr Mahathir akan berkata beliau tidak menyedarinya dan tidak terlibat dengan penipuan ini? Ini akan menjadi sangat menarik.

Oleh Raja Petra Kamarudin,
http://www.malaysia-today.net/would-muhyiddin-declare-war-on-china-if-the-edge-says-so/