Ahli Parlimen DAP Tidak Mahu Lepas Jawatan PAC Untuk Berdepan Presiden 1MDB

Ia adalah permintaan yang munasabah. Mengapa Tony Pua tidak berani untuk berhenti dari PAC jika dia benar-benar mahu berdebat live di TV?

Masih terdapat ahli-ahli DAP dan Pakatan lain dalam PAC. Atau adakah Tony mahu berkata mereka yang tidak berguna tanpanya?

Bagi mereka yang melihat tiada apa yang salah dalam hal ini, sila tunjukkan kepada saya di tempat lain di dunia di mana anggota sesuatu jawatankuasa siasatan Parlimen mengadakan perbahasan secara langsung tentang subjek siasatan itu live di TV sebelum sesi siasatan rasmi?

Bagi peguam- peguam yang berfikir tidak ada apa yang salah, saya cadangkan anda berdebat dengan bakal pihak lawan anda di mahkamah secara langsung di TV sebelum tarikh perbicaraan.
—–
Ahli Parlimen Simpang Renggam Liang Teck Meng telah menyatakan kemungkinan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua boleh membalas dendam terhadap Arul Kanda Kandasamy dalam Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) jika dia malu dalam perdebatan dengan Presiden 1MDB.

“Apa akan berlaku jika Pua tewas teruk dan berdendam dengan Arul yang secara tidak langsung boleh menjejaskan keadilan dan penilaiannya semasa siasatan PAC itu?” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Liang berkata demikian dalam kritikannya terhadap Pua yang mahu menemubual Arul Kanda dalam satu rancangan bual bicara secara langsung selepas menyangkal temu bual awal presiden 1MDB dengan Bernama TV sebagai satu tindakan perhubungan awam.

Arul Kanda menyahut cabaran Pua dalam satu kenyataan pagi ini tetapi meminta ahli parlimen DAP itu meletakkan jawatannya dahulu sebagai anggota PAC.

Sebagai tindak balas, Pua berkata kepada Arul supaya menjadi ‘seorang lelaki’ dan menerima cabaran beliau tanpa syarat.

Liang, yang juga ahli PAC, berkata Pua sepatutnya lebih tahu tentang menghormati institusi parlimen.

“Dia mesti ingat bahawa dia adalah ahli PAC yang kini menyiasat 1MDB dan akan berada dalam proses untuk menentukan sama ada terdapat sebarang salah laku.

“Mengadakan debat yang disiarkan secara langsung di TV berkaitan perkara yang sedang disiasat oleh Parlimen merupakan satu penghinaan kepada Parlimen,” kata Liang, yang juga Setiausaha Agung Gerakan.

“Sekiranya ini merupakan kes undang-undang, ia adalah sama seperti anggota juri atau hakim berhujah dengan tertuduh di mahkamah dan disiarkan secara langsung di TV,” katanya.

“Tiada Parlimen yang dihormati di dunia akan membenarkan ini,” katanya lagi.