Anda Tidak Akan Dipanggil Rasis Jika Anda Menghina Bumiputera, Islam atau Malaysia

Di Malaysia, ia akan dianggap sebagai rasis jika anda menentang komuniti yang chauvinis dan cuba memusnahkan prinsip asas penubuhan Malaysia. Ironinya, anda tidak akan dipanggil rasis jika anda menghina Bumiputera, Islam atau Malaysia setiap hari. Ianya akan dipanggil kebebasan bersuara!

Ketika zaman kanak-kanak dahulu, saya dibesarkan di satu kampung tetapi disebabkan pembangunan yang ada di kawasan sekeliling, saya rasa ianya boleh dianggap sebagai sebuah pekan sekarang. Orang Melayu akan sentiasa menganggap tempat lahir mereka sebagai kampung. Di kampung saya, terdapat ramai jiran Cina. Kebanyakkannya hidupn lebih senang berbanding orang Melayu. Saya masih ingat yang saya akan pergi ke rumah kawan Cina saya, yang abang dan kakaknya sebaya saya untuk menonton filem hantu Cina (semua orang suka menontonnya ketika itu). Ianya dimainkan menggunakan pemain format VHS dengan teknologi VCR. Saya tidak ingat sekiranya ada keluarga Melayu yang memiliki pemain video tersebut ketika itu. Ayah kawan Cina saya memiliki bengkel kereta di kampung saya.

Saya juga mempunyai seorang jiran Cina yang sangat membantu. Kebanyakan dari kami memanggil beliau Abe Taek (Abe adalah panggilan di Kelantan untuk seseorang yang lebih besar dan dihormati) yang menolong ayahnya di kedai emas. Beliau merupakan orang Cina yang paling jujur dan baik yang pernah saya jumpa seumur hidup saya.

Saya tidak melihat mereka sebagai orang Cina tetapi sebagai jiran yang ramah dan mesra serta rakan yang akan menolong sesama sendiri di dalam kesusahan.

Saya juga mempunyai seorang guru Cina yang sentiasa berpesan bahwa saya akan menjadi jurutera yang bagus sekiranya saya memilih untuk menjadi jurutera. Saya melihat dedikasi beliau ketika mengajar kami dan memberikan banyak motivasi memandangkan beliau tahu kebanyakan kami datang dari keluarga yang tidak berkemampuan. Dan tahukah anda beliau berasal dari Pulau Pinang?

Kemudiannya saya ditawarkan biasiswa untuk melanjutkan pengajian di peringkat A Level. Ketika di A Level, saya ditempatkan di sebuah bilik bersama-sama dengan 3 lagi pelajar Cina yang ditawarkan biasiswa oleh kerajaan Malaysia. Di kolej saya, nisbah pelajar bukan bumiputera dengan bumiputera adalah 40:60, iaitu mereka yang memperolehi biasiswa kerajaan ketika era Tun M.

Ini adalah fakta yang cuba disembunyikan oleh pemimpin DAP dari majoriti orang Cina kerana mereka ingin memainkan isu perkauman. DAP tidak akan memberitahu orang Cina yang kerajaan ketika itu sudah pun memberikan biasiswa kepada bukan bumiputera.

Saya mesti akui yang rakan sebilik Cina saya sangat bagus berbahasa Inggeris dan pintar matematik. Saya selalu bertanya, bagaimana mereka boleh bagus di dalam subjek itu. Salah seorang daripadanya memberitahu, ibu bapanya menyuruh beliau pergi tuisyen sehingga beliau ‘ingin muntah’ kerana terlalu banyak perkara yang perlu dipelajari.

Malangnya, saya tidak pernah pergi ke kelas tuisyen kecuali ke kelas tambahan yang diatur oleh sekolah saya. Atas sebab peribadi, saya juga tidak ke sekolah berasrama penuh jadi saya bercampur dengan kaum lain. Seorang rakan sebilik saya yang sekarang bergelar pensyarah di UK, sentiasa menolong saya di dalam matematik. Niatnya yang murni itu saya kenang hingga ke hari ini.

Jadi, bagaimana saya boleh digelar rasis sekarang kerana saya menentang pemimpin DAP dan penyokong kuat mereka sedangkan saya mempunyai hubungan yang baik dengan kaum Cina ketika tahun-tahun membesar saya?

Saya mesti berterimakasih kepada akhbar online seperti The Malaysian Insiders, MalaysiaKini, MalayMail dan The Hate. Mula-mula dulu, akhbar percuma The Sun juga menyumbang menjadikan saya hari ini. Akhbar-akhbar ini sentiasa mempromosikan perkauman hingga ke tahap maksimum di dalam kebanyakan artikel mereka di atas nama kebebasan bersuara. Editor dan pembaca mereka terus-terusan menghina Melayu, Bumiputera, Islam dan perlembagaan kita secara halus dan tersembunyi. Walaubagaimanapun, kini mereka semakin berani dan melakukannya secara terbuka kerana tidak ramai yang berani menyangkal dan membantah artikel mereka.

Saya percaya orang Melayu yang terpelajar seperti Lukman Sheriff, Azmi Arshad, CM Mahadi, Hussin Zin, Manal Ismail Al-Masryl, Saiful Bahari Baharoml, Yaakob Osman, Reza Zainal, Jamalee Bashah, Asrul Muzaffar Mohammed, Puteri Kamaliah, Said Bani C.M. Din dan ramai lagi yang sekarang begitu vokal di media sosial, bertindak demikian atas sebab yang sama dengan saya. Mereka mempunyai pengalaman yang baik dengan orang Cina secara amnya tetapi akhbar-akhbar di dalam talian ini yang telah terlebih membuat tuduhan terhadap Melayu, Bumiputera dan Islam.

Mereka hanya membantah dengan menjadi lantang di media sosial untuk memastikan ada suara di dalam bahasa Inggeris untuk mereka yang menentang editor dan pemimpin DAP yang rasis. Mereka dan saya sendiri membenci perkauman tetapi kami percaya perlunya ada versi bahasa Inggeris untuk suara Melayu/Muslim dan suara Malaysia di media sosial untuk menentang pembohongan yang disebarkan oleh DAP dan media online ini.

Kerajaan mesti menghentikan penerbitan akhbar dalam talian yang rasis ini jika mereka ingin melihat Malaysia yang bersatu.

P/S: Saya tidak membaca Utusan secara kerap tetapi akan membaca The Star. Saya perhatikan The Star pun mula menyiarkan berita yang mempunyai maksud tersembunyi dan telah berhenti membaca akhbar ini.

Oleh Aiman HM,
https://www.facebook.com/aiman.hm2013/posts/1178953028798717?fref=nf