Apa agenda Tun Mahathir sehingga sanggup bekerjasama dengan pihak pembangkang.

1.Serangan berterusan daripada Tun Dr Mahathir ke atas Datuk Seri Najib semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini.Tun kelihatan menjelajah hampir ke seluruh Malaysia bagi memberikan tekanan kepada Datuk Seri Najib untuk meletakkan jawatan. Tun M jelas tidak keberatan untuk bekerjasama hatta dengan pembangkang sekalipun demi merealisasikan impian Tun tersebut.

2. Pada 5 Oktober 2015 ini Tun M dijangka akan turun ke Tawau, Sabah bagi menghadiri forum bersama Tun M. Yang agak mendukacitakan ialah ketua penganjur program ini adalah bekas calon parti pembangkang Parti Star Sabah pada PRU ke-13 yang lepas di Dun Sebatik Tawau Sabah.

Nama individu ini ialah Mohammad Jeffry Rosman. Individu ini juga jelas telah menggunakan gelaran Dato’ Seri Dr yang palsu dan tidak diikitiraf oleh kerajaan malaysia. (gambar Mohammad Jeffry Rosman berkempen menentang calon BN pada PRU lepas disertakan http://goo.gl/kKBc2g). Rujuk juga dalam lama sosial facebook https://www.facebook.com/GelaranPalsu

http://sabahkinimirror.blogspot.my/2013/01/datuk-penipu-miliki-phd-palsu.html

3. Mohammad Jeffry Rosman juga ketika ini masih lagi menghadapi perbicaraan kes tipu melibatkan wang sebanyak RM90,000. Rujuk link ini: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140226/ma_06/Bekas-calon-Star-Sebatik-mengaku-tidak-salah-kes-tipu

Rujuk juga link ini, mangsa lain yang kena: http://sabahkinimirror.blogspot.my/2013/01/datuk-penipu-miliki-phd-palsu.html

4. Tun Mahathir tidak sedar akibat daripada tindakan ini akhirnya UMNO yang akan mendapat akibat buruk. Bayangkan kesan daripada kerjasama antara Tun dan individu yang bernama Mohammad Jeffry Rosman, pasti undi untuk UMNO di Tawau Sabah akan turut terjejas. Ini adalah kerana pengundi tegar UMNO beranggapan Tun kini adalah penyokong kepada pembangkang khususnya di Sabah. Sabah adalah kubu kuat UMNO sudah tentu tindakan ini sedikit sebanyak akan memberikan ruang kepada pembangkang menyerang UMNO dan pembangkang akan mendapat sokongan moral.

5. Terdesaknya Tun sehingga sanggup bekerjasama dengan Mohammad Jeffry Rosman bekas calon pembangkang dan penipu bagi warga Tawau Sabah.

*Kiriman emel dari Tawau, Sabah.

Sumber: http://theflyingkick.blogspot.my/2015/10/e-mel-dari-sabah-puak-pro-tun-terdesak.html