Bagi Yang Berpendapatan RM1 juta Ke Atas, Cukai Pendapatan Kembali Ke 28 Peratus

Cukai GST kad prabayar telefon bimbit masih dikekalkan tetapi kelihatan seperti Kerajaan sedang melaksanakan cadangan sama saya bangkitkan pada April di mana cukai GST direbat kembali terus ke akaun prabayar rakyat Malaysia SAHAJA.

Ini bermakna, para pekerja asing akan dikenakan cukai penggunaan GST – yang adil kerana ramai yang tidak membayar cukai pendapatan di sini.

Selain itu, ada berita buruk bagi orang kaya!

Mereka yang bergaji antara RM600,000 ke RM1 juta akan melihat kenaikan cukai pendapatan 1% kepada 26%.

Sesungguhnya orang-orang yang berpendapatan RM1 juta dan ke atas akan melihat kenaikan cukai pendapatan kembali ke 28%!!

Oleh Lim Sian See,
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1730759227142864&set=a.1391116647773792.1073741829.100006264096443&type=3&theater