Bekas TPM Masih Keliru Hal 1MDB Walaupun Beliau Sendiri Mempengerusikan Mesyuarat Kabinet Dahulu

Bekas TPM, Muhyiddin Yassin berkata beliau tidak memahami isu 1MDB. Beliau keliru dengan kes ini dan apa yang diketahui beliau adalah apa yang beliau baca di The Edge. Maka beliau menjadikan tulisan The Edge sebagai asas anggapan beliau.

Jika akhirnya terbukti The Edge telah menerbitkan dokumen yang direka dan diubahsuai, apa yang Muhyiddin akan perkatakan? Adakah beliau akan berkeras apa yang beliau baca dari The Edge adalah asas bagi anggapan beliau?

Pertamanya Ahmad Husni Hanadzlah, Menteri Kewangan Kedua telah bertemu dengan Muhyiddin untuk menjelaskan isu ini. Jadi bagaimana Muhyiddin masih berkeras yang beliau tidak tahu apa yang sedang berlaku dan apa yang beliau tahu didapati setakat dari pembacaan beliau dari The Edge?

Kedua, Muhyiddin merupakan bekas ahli kabinet dan beliau telah menghadiri kesemua mesyuarat kabinet di mana 1MDB dan isu yang berkaitan dengannya dibincangkan. Apa yang dibuat Muhyiddin di mesyuarat tersebut? Adakah beliau bertanyakan soalan berkenaan kekaburan beliau mengenai isu 1MDB di mesyuarat kabinet tersebut?

Malah, Muhyiddin sendiri pernah mempengerusikan mesyuarat kabinet di mana 1MDB telah dibincangkan. Beliau menjadi pengerusi mesyuarat ketika ianya dibincangkan. Adakah beliau membangkitkan sebarang persoalan, dan berkata beliau tidak memahami apa yang berlaku jadi tolong jelaskan?

Pada bulan Jun, kabinet telah mendengar pelan rasionalisasi 1MDB dan langkah pengurangan hutang yang akan diselesaikan hujung tahun ini, dan kabinet meluluskannya. Apa yang dibuat Muhyiddin di dalam mesyuarat tersebut? Ada soalan yang ditanya untuk menghilangkan kekeliruan berkenaan pelan rasionalisasi tersebut?

Pengisytiharan Muhyiddin yang beliau keliru mengenai 1MDB dan memperolehi maklumat dari The Edge untuk membuat tafsiran kedengaran sangat kelakar.

Patutlah Najib tendang beliau keluar dari kabinet. Jika itulah jenis TPM yang kita ada, maka bersyukurlah kita yang beliau tidak menjadi Perdana Menteri. Beliau akan menjadi Perdana Menteri yang keliru, dan membaca The Edge untuk menentukan bagaimana negara ini ingin ditadbir.

Dan jika The Edge melaporkan yang China adalah satu ancaman kepada negara di sekeliling Laut China Selatan (seperti yang dilaporkan beberapa agensi akhbar), Muhyiddin berkemungkinan akan mengisytiharkan perang dengan China kerana The Edge melaporkan China adalah satu ancaman walaupun Kabinet menentang perang dengan China.

Oleh Raja Petra Kamarudin,
http://www.malaysia-today.net/would-muhyiddin-declare-war-on-china-if-the-edge-says-so/