Dakwaan Palsu Portal Pakatan Pembangkang Disangkal SRC International

KENYATAAN AKHBAR SRC INTERNATIONAL SDN BHD.

1) Kami ingin merujuk laporan sebelum ini oleh MalaysiaKini, yang didapati telah bekerjasama rapat dengan blog asing Sarawak Report – yang telah menyiarkan apa yang didakwa sebagai kertas pendakwaan terhadap Perdana Menteri dan sebuah diagram yang menunjukkan aliran dana ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri – yang menyatakan pinjaman RM4 bilion yang diperolehi SRC International dari KWAP telah disalahgunakan.

2) Kami dengan tegas ingin menolak dakwaan ini. Setelah melakukan siasatan dalaman, kami percaya dakwaan ini adalah berdasarkan dokumen yang telah diubahsuai, yang secara langsung menunjukkan terdapat cubaan untuk mengelirukan masyarakat awam.

3) Realitinya, kesemua RM4 bilion yang dipinjam dari KWAP tersebut telah diaudit dan terdapat di dalam penyata kewangan kami, yang mematuhi sepenuhnya standard perakaunan dan amalan pentadbiran. Tiada salahguna seperti yang didakwa oleh mereka yang berniat jahat.

4) Dengan mengambil kira aktiviti Tanggungjawb Sosial Korporat (CSR) SRC, sebarang perbelanjaan oleh syarikat untuk program sosial telah menggunakan dana yang dijana oleh pelaburan yang dijalankan oleh syarikat.

5) Selepas bertahun-tahun, pendapatan yang diraih dianggarkan RM500 juta tidak termasuk item bukan tunai lain, menyediakan pendapatan yang kukuh untuk syarikat gunakan bagi tujuan itu.

6) Mengenai kepentingan untuk pendedahan penuh dibuat, kami telah memohon Pejabat Peguam Negara untuk mengadakan siasatan penuh ke atas dakwaan ini dan juga berkenaan dengan kertas pendakwaan yang diterbitkan oleh Sarawak Report dan diagram aliran dana yang diterbitkan oleh MalaysiaKini. Kami mahu pihak yang bertanggungjawab terhadap pemalsuan ini dikenal pasti, berikutan ketulenannya telah dinafikan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada 3 Ogos 2015.

7) Dakwaan palsu ini merupakan satu bentuk serangan yang serius ke atas SRC International, yang telah menyebabkan impak kewangan dan reputasi yang negatif terhadap perniagaan kami dan juga kepada kerajaan kerana ianya bermotifkan politik.

8) Kami menyeru kepada semua pihak yang kini sedang berusaha untuk menjatuhkan kerajaan agar tidak membabitkan SRC di dalam kempen mereka dan tidak cuba membuat dakwaan yang tidak berasas terhadap kami.

Sumber: http://www.malaysia-today.net/press-statement-issued-by-src-international-sdn-bhd/