DAP Beri Contoh Buruk Kepada Pengikut Mereka

Saya rasa benar-benar malu dengan rakan-rakan Cina saya ke atas tindakan kedua-dua lelaki itu di Pulau Pinang yang mencampak RM50 di kaki pegawai penguatkuasa wanita. https://www.facebook.com/datukhuan/videos/1010825185626840/

Kereta Myvi mereka telah di’clamped’ kerana meletak kereta pada garisan berkembar dan mereka adalah jelas bersalah.

Daripada membayar denda itu, mereka bertengkar dengan wanita itu dan bercakap perkara yang jahat seperti, “Wa bukan tak ada duit. Wa banyak duit. Lu buka dulu. Tak payah takut wa tak lari.”

Salah seorang daripada mereka menunjukkan wanita itu berapa banyak wang yang mereka ada dan seorang lagi melemparkan wang kertas RM50 di kaki pegawai wanita itu.

Kredit kepada penguatkuasa wanita itu, dia tidak bertindak balas lalu mengambil duit itu dari lantai dan membuka pengunci tayar kereta. Saya tidak mampu memberi pujian yang cukup untuk pegawai wanita ini.

Tidak ada alasan yang membolehkan kebiadapan ini dan saya benar-benar malu dengan tingkah laku mereka.

Saya menyalahkan ahli politik dan cybertrooper DAP dan PKR yang telah memberikan contoh yang sangat buruk kepada pengikut mereka (terutamanya di Pulau Pinang) untuk tidak menghormati pihak berkuasa.

Berikut adalah beberapa contoh (daripada yang banyak):

1) Pakatan Rakyat menyuruh supaya tidak membayar saman trafik AES atau membayar balik PTPTN sebelum PRU13.

2) Lim Guan Eng secara emosional mencabar Ketua Polis Negara dan kemudian berkata “aku tak takut!” apabila polis menahan PPS yang haram tahun lepas: https://www.facebook.com/BukanZombie/videos/318948251618285/

3) Tony Pua berkata “Bxxxxxxs. Real bxxxxxxs. Royal my fxxt” kepada Polis: http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/tony-pua-now-in-trouble-with-cops-over-royal-my-foot-tweet

4) Tony Pua memanggil ROS sebagai “running dogs”: http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/10/04/mps-umno-dogs-fb-posting-draws-flak/

5) Tian Chua menggigit anggota polis yang menahan beliau:
http://www.thesundaily.my/node/157258

6) Ahli Parlimen Jeff Ooi melabel kakitangan Majlis Perbandaran Pulau Pinang sebagai “kucing kxrxp”: http://www.thestar.com.my/News/Nation/2013/12/01/Jeff-Ooi-Apologise/

7) Anthony Loke menjerit “Cxxxxa ‘xxxxxx'” dan mengatakan “aku tak takut” apabila dia ditahan beberapa hari yang lalu: https://youtu.be/oOSLujx1j7Y

8) Wong Tack memarahi pegawai DBKL dan pada dasarnya setiap kali Wong Tack ditahan. https://www.facebook.com/BukanZombie/videos/10151740003583295/

9) Uncle Lim Kit Siang menawarkan si pembuli-jalanraya-kunci- stereng Kiki bantuan guaman dalam usaha untuk memenangi undi Melayu: http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/now-dap-offers-kiki-free-legal-aid-says-road-bully-punished-enough

10) Superman Hew Kuan Yew kerana, menjadi Superman Hew Kuan Yew (semua orang sedia tahu kebiadabannya bukan?)

Jika pemimpin-pemimpin politik mereka sentiasa terlibat dalam tingkah laku seperti ini dan cybertrooper mereka tetap memuji mereka kononnya “berani”, anda boleh yakin contoh yang mereka tunjuk akan dipelajari oleh penyokong muda mereka – terutama di Pulau Pinang.

Yang membawa kepada semua tingkah laku yang tidak boleh diterima oleh peserta BERSIH 4 yang menghina pemimpin Melayu dan orang Melayu yang kemudiannya menyebabkan tindak balas perhimpunan baju merah.

Jika amalan dan kepimpinan buruk ini berterusan, masalah besar pasti akan datang.

Oleh Lim Sian See,
https://www.facebook.com/lim.siansee/posts/1726508377567949