DAP Sedang Giat mengutip Dana Untuk Membantu Parti Sekutunya, Parti Amanah Negara

DAP sedang giat mengutip dana untuk membantu parti sekutunya, Parti Amanah Negara (Amanah) supaya mampu beroperasi di seluruh negara bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14).

Dalam satu majlis makan bagi mengutip dana Parti Amanah di Dewan Persatuan Hainan Selangor dan Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, malam tadi, Tony Pua yang juga Pengerusi DAP Selangor berkata Pakatan Harapan mampu memenangi PRU 14 walaupun tanpa kerjasama daripada PAS.

Menurutnya, PAS kini semakin tidak relevan, jadi sebab itu kewujudan Parti Amanah adalah penting untuk menggantikan peranan PAS dalam Pakatan Harapan.

Pua berkata, PAS sebenarnya sudah mula tidak mempamerkan prestasi yang baik di kubu kuat mereka di Kelantan sejak kematian bekas mursyidul am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Jadi tanpa PAS adakah kita akan mampu menang? Biar saya beritahu anda, kita boleh (menang). (walaupun) Ia tidak mudah ataupun percuma tetapi kita boleh (menang).