Di Bawah Pakatan Pembangkang Pulau Pinang Hub Dadah, Selangor Hub Pelacuran

Slogan UBAH yang diperkenalkan pakatan pembangkang sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) menjadi Kerajaan Selangor sebagai hub pelacuran dan Kerajaan Pulau Pinang hub pembuatan dadah.

Kerajaan Selangor diketuai PKR, manakala Kerajaan Pulau Pinang pula diterajui DAP.

“Dalam PR Selangor, ia adalah hab untuk pelacuran dan dalam kerajaan DAP Pulau Pinang ia adalah pusat untuk menghasilkan dadah, terutama bahan-bahan sintetik.

“Mereka bergerak ke arah UBAH.

“Orang Cina lebih mengetahui, penyalahgunaan kuasa..pegawai-pegawai dapat ‘dua mulut’,” kata Dato’ Sri Ti Lian Ker, Pengerusi Biro Keharmonian Agama MCA dalam Facebook hari ini. https://www.facebook.com/Lianker/posts/10206506916343265

Semalam, Mstar melaporkan seorang pegawai pelesenan dan sembilan penguatkuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor antara 11 yang direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selama lima hari bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah lesen projek rumah urut di kawasan Lembah Klang.

Manakala seorang orang awam yang dikatakan bertindak sebagai orang tengah antara penguatkuasa dan pemilik rumah urut turut direman selama lima hari bagi membantu siasatan.

Menurut pegawai SPRM, penahanan kesemua suspek berdasarkan hasil risikan selama hampir setahun, dengan nilai suapan disyaki antara RM200 hingga RM30,000.

Semua suspek disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Bernama melaporkan Pulau Pinang kini telah dikenal pasti antara negeri yang menjadi hab pembuatan dadah sindiket pengedaran antarabangsa bagi pasaran di rantau ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata trend berkenaan berdasarkan peningkatan nilai hasil rampasan, jumlah penahanan serta serbuan yang dilakukan pihak berkuasa terutama Polis Diraja Malaysia (PDRM) di negeri itu sejak kebelakangan ini.

“Pulau Pinang memiliki pusat pengangkutan yang baik, kini menjadi hab pengeluaran, mudah membawanya keluar dari Pulau Pinang ke Thailand dan Indonesia,” katanya.

Sumber: https://aidcnews.wordpress.com/2015/10/21/ubah-selangor-hub-pelacuran-pulau-pinang-hub-dadah/