Ditangkap Kerana Hina Institusi Kesultanan Johor

Aktivis pro pembangkang yang sering memuatnaik status memaki hamun pemimpin negara, Khalid Mohd Ismath ditahan Polis Johor, Rabu lalu.

Difahamkan, tangkapan dibuat mengikut Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berkaitan status dimuatnaik di laman sosialnya menghina institusi Kesultanan Johor dan direman dua hari bermula semalam.

Perintah reman dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Majistret Johor Bahru, Nuriza Mustafa.