Hampir Kesemua Perjanjian Konsesi Tol Adalah Pada Zaman Tun M

Kenaikan tol semalam telah menyebabkan ramai pengguna marah, termasuklah mereka yang tiada masalah membelanjakan RM13.80 sehari untuk sekotak rokok Dunhill, beratur 30 jam untuk iPhone 6 Rose Gold, dan membeli kopi Macchiato Frap dari Starbucks.

Dan mereka menyalahkan Najib atas kenaikan tol ini.

Hampir kesemua perjanjian konsesi tol ditandatangani ketika zaman Mahathir, seperti Maju Expressway yang dibina oleh Abu Sahid, rakan baik dan kroni Mahathir, dan Lebuhraya Senai-Desaru yang dibina oleh kumpulan Ranhill milik Hamdan Muhamad, pada tahun 2004. Kedua-duanya menandatangi konsesi lebuhraya mereka sebelum Mahathir meletak jawatan. Perjanjian pembangunan Lebuhraya Senai-Desaru ditandatangani pada penghujung 1990an.

PLUS pula pada asalnya dibina oleh kerajaan melalui Lembaga Lebuhraya Malaysia. Dirancang ketika Tun Hussein menjadi PM pada tahun 1977, ianya mula dibina pada tahun 1980, setahun sebelum Mahathir menjadi PM.

Antara 1980 dan 1985, LLM telah membina 366KM atau 41% daripada cadangan 832KM iaitu panjang keseluruhan PLUS pada kos RM3.2 bilion yang ditanggung kerajaan.

Pada 1986, projek itu dipindahkan kepada kroni UMNO, UEM milik Halim Saad, walaupun menjadi pembida tertinggi dan tiada pengalaman langsung membina lebuhraya.


Akhirnya, PLUS siap 2 tahun lewat dari tarikh asal dan kerajaan terpaksa membiayai separuh dari RM3.5 bilion bajet tersebut.

Ya, duit kita untuk separuh dari RM3.5 bilion itu. Malah, ianya sebanyak RM1.65 bilion.

Jika anda fikir itu perjanjian yang sangat merugikan, bayangkan ini:

Kita perlu membayar tol selama 30 tahun, dan terpaksa menanggung 10% pampasan jika tol tidak dinaikkan. Ini tidak ubah seperti perjanjian IPP entah apa apa yang diberikan Mahathir kepada YTL yang telah ditamatkan oleh Najib.

Pada tahun 2011, Najib mengambil alih PLUS dari pihak swasta, menyusun semula perjanjian dan mengelak kenaikan tol di masa hadapan. 51% PLUS dimiliki oleh kerajaan, baki 49% oleh KWSP.

Kesemua perjanjian konsesi tidak lagi tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi. Saya pasti kita boleh mencari pautan di mana kita boleh meneliti perjanjian ini dan syarat yang diberikan kepada pemegang konsesi. Walaubagaimanapun, MEX enggan mendedahkan perjanjiannya dan kita mesti mendesak MEX mendedahkannya kerana ia memberi kesan kepada kita semua.

Ini mengingatkan saya kepada apa yang ditulis Cik Lim Sian See beberapa bulan lepas:
—–
Wahai Siti Nurhaliza (saya sentiasa teringin untuk menulis kepada beliau), Pemuda UMNO, pemimpin Pakatan, Tan Sri Muhyiddin, Khairy Jamaluddin dan yang lain-lain yang menyokong Tun Mahathir,

Saya mohon perhatian anda sebentar tuan-tuan dan puan-puan,

Beberapa hari lepas, anda semua menuntut kebenaran mengenai pembelian tanah oleh Tabung Haji dari 1MDB dan anda tuduh ianya memalukan, meletakkan duit simpanan haji pada risiko, bertentangan dengan agama – yang seolah-olah ada dendam dan kejahatan yang tidak dapat dilihat.

Sekarang, The Malaysian Insider (tidak sentiasa tepat dan tidak 100% benar) telah membongkar beberapa urusniaga Lembaga Tabung Haji (LTH) yang nampak seperti ‘bail out’ untuk Kumpulan Maju yang telah menyebabkan pendeposit Tabung Haji hilang wang. http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/not-first-time-tabung-haji-bailing-out-troubled-companies

Ini adalah tuduhan yang dibuat oleh The Malaysian Insider (memetik Wall Street Journal), berkenaan kerajaan Tun M ‘bail out’ syarikat dengan menggunakan duit tabung haji.

1) 1996 – LTH telah melabur RM67 juta di dalam projek Maju Holdings di Johor – hanya untuk menyaksikan ianya mengalami masalah

Kerugian Tabung Haji: RM67 juta

2) 1998 – LTH membayar RM436.38 juta kepada Maju Group untuk dua buah hartanah yang masih belum siap yang dinilai berharga RM267.92 juta

Kerugian Tabung Haji: RM168.46 juta

Tuduhan lain termasuklah:

Pengerusi Tabung Haji ketika itu adalah abang ipar Mahathir, Tan Ahmad Razali Mohamed Ali – kes jelas nepotisme.

Bayaran pendahuluan RM220 juta untuk sebuah bangunan yang masih lagi belum memulakan pembinaan walaupun Pembedaharaan telah menetapkan maksimum RM5 juta – yang itu nilai 15% dari kerja pembinaan.

Biar saya terangkan perbezaan perjanjian ketika itu dengan sekarang untuk anda:

Perjanjian Maju Holdings tahun 1990an – Tabung Haji membayar RM504 juta untuk syarikat persendirian untuk satu aset yang dinilai berharga RM267.92 juta – mengakibatkan kerugian kepada Tabung Haji sebanyak RM235.5 juta.

Perjanjian TRX 1MDB tahun 2015 – Tabung Haji membayar RM188.5 juta kepada syarikat milik kerajaan 100% untuk aset yang dinilai berharga RM195 juta (dan menambah lagi satu aset bernilai RM370 juta) Tetapi ianya akan dijual pada keuntungan beberapa juta ringgit.

Nampak perbezaannya?

Semasa Tun M:

Satu adalah KERUGIAN kepada TH dan bayaran dari TH kepada satu syarikat persendirian – wang itu tidak pernah diperolehi semula untuk satu aset yang bernilai tidak sampai separuh pun dari apa yang dibayar.

Semasa Najib:

Satu adalah KEUNTUNGAN kepada TH dan bayaran dari TH kepada syarikat 100% milik kerajaan – dan wang tersebut akan diperolehi semula di dalam seminggu kerana aset yang bernilai lebih dari apa yang dibayar.

Saya hanya meminta anda semua untuk berlaku adil dan menggunakan kesungguhan dan semangat yang sama untuk mencari kebenaran mengenai perjanjian di zaman Tun Mahathir.

Anda telah meminta SPRM, AG, PDRM, untuk menyiasat 1MDB dan TH dan Najib.

Untuk berlaku adil, bolehkan anda meminta SPRM, AG (yang sudah menyiasat dan menjumpai kesalahan), PDRM untuk menyiasat MAJU, TH, dan Tun M?

Dan jika Tun M didapati bersalah (atau enggan menjawab) maka sila kritik beliau seperti anda kritik orang lain dan jangan memihak kepada beliau lagi.

Juga cari siapa yang bertanggungjawab tetapi pastikan ianya berkenaan kerugian TH bukan keuntungan TH.

Sila adil dan bertindak dengan adil – atau anda adalah hipokrit

Jangan Takut.

Sumber: https://seademon.wordpress.com/2015/10/16/friday-fools/