Hina Singapura : Kelancangan Mulut Ahli Parlimen DAP Sudah Cukup Melambangkan Diri Beliau

Perbalahan diantara Diplomat Kanan Singapura, Bilahari Kausikan dan Ahli Parlimen DAP, Tony Pua masih berterusan apabila Pua dilabelkan sebagai kurang ajar dan tidak jelas.

Dalam posting Facebook terbaru Bilahari berkata, laporannya terhadap Malaysia telah menimbulkan tindak balas yang kasar daripada ahli politik DAP itu.

“Beberapa ahli politik DAP yang lain juga memberi respon kepada laporan itu, kurang berwarna-warni tetapi kurang jelas.

“Ada yang bertanyakan kepada saya kenapa tidak memberikan jawapan yang kukuh kepada kebiadapan komen Pua terhadap saya dan Singapura secara amnya.

“Jadi, kepada yang mengenali saya sepatutnya mereka tahu yang saya bukan seorang yang lemah lembut. Tetapi dalam kes ini, saya rasa kekasaran Pua adalah melambangkan dirinya sendiri tanpa saya perlu menulis apa-apa.

Katanya bahawa beliau tidak kisah tentang perkara itu dan tetapi jika ia membuatkan Pua selesa memangilnya dan nama Singapura, beliau memahaminya tapi ianya tetap tidak mengubah realiti.

“Secara kebetulan saya tidak menentang idealism. Tetapi jika idealism pun, ianya mestilah di dalam bentuk politik yang berasaskan realiti.

“Jika seseorang itu mati demi cita-citanya, kita boleh menggelarkan mereka ini sebagai syahid atau bodoh, tetapi walau apa pun, hanya seorang sahaja individu yang terlibat, jadi ianya mungkin tidak penting sangat.

“Tetapi jika bekas pemimpin politik menipu dirinya dan pengikutnya dengan mengejar impian yang mustahil dan membawa ke arah bencana, itu boleh dipanggil sebagai tidak bertanggungjawab.

Pertikaian ini telah tercetus apabila Bilahari pertama kali menulis pendapatnya di dalam ‘Singapore Strait Times’ yang mendakwa belia Cina di Malaysia adalah “berangan” dalam cubaan mengubah sistem yang dibina oleh prinsip ketuanan Melayu.

Kemudian Pua membalas bahawa kenyataan Bilahari terhadap perhimpunan Bersih 4 adalah “berangan” dengan menggambarkan negara itu sebagai ‘mercenary prxxk’ Asia Tenggara.

“Beliau membuatkan Singapura tidak memihak dengan mengukuhkan persepsi negaranya sebagai ‘mercenary prxxk’ Asia Tenggara, dan sekarang mereka tertanya-tanya kenapa mereka tidak mempunyai kawan,” kata Pua sebagai maklum balas.

Sumber: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/10/11/tony-pua-vs-diplomat-kanan-singapura-bilahari-kausikan/