Jabatan Peguam Negara Mengesahkan Bahawa Tiada Kesalahan Telah Dilakukan Oleh Pegawai-Pegawai 1MDB

BUKAN KERANA PENGUBAHAN WANG HARAM ATAU LAIN-LAIN TINDAKAN YANG DIKATAKAN JENAYAH.

1MDB merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan hari ini oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Sejak bermulanya siasatan BNM pada bulan Jun 2015, pengurusan semasa dan Lembaga Pengarah 1MDB telah memberikan kerjasama sepenuhnya, sehingga kertas siasatan dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).

Selain daripada mengemukakan jawapan bertulis dan berkongsi dokumen-dokumen berkaitan, ahli-ahli Lembaga Pengarah 1MDB, dan bekas kakitangan telah ditemuramah oleh BNM, dengan kenyataan saksi terperinci dirakam.

BNM menjelaskan hari ini bahawa ia mencadangkan prosiding jenayah Jabatan Peguam Negara atas sebab “… tidak tepat atau tanpa pendedahan maklumat lengkap…” dan bukan kerana pengubahan wang haram atau lain-lain tindakan yang dikatakan jenayah seperti yang dinyatakan oleh media tertentu dan ahli politik pembangkang. Walau bagaimanapun, Jabatan Peguam Negara, sebagai pihak berkuasa yang sah untuk perkara sedemikian, memutuskan bahawa “tiada kesalahan yang dilakukan oleh pegawai-pegawai 1MDB” dan mengarahkan bahawa “tiada tindakan lanjut perlu diambil”.

Walau apa pun arahan oleh Jabatan Peguam Negara, BNM telah mengeluarkan arahan untuk 1MDB menghantar balik sejumlah US USD1.83 bilion. Ini adalah berkaitan dengan Kebenaran terdahulu tertentu yang diberikan oleh BNM antara 2009 dan 2011 kepada 1MDB untuk membuat pelaburan di luar negara. Adalah penting untuk menekankan bahawa Kebenaran tersebut, apabila diberikan, tidak ada keperluan untuk dana dihantar pulang. Di samping itu, penggunaan dana tersebut telah diterangkan secara terperinci dalam nota-nota penyata kewangan yang telah diumumkan 1MDB bertarikh 31.03.2009 hingga 31.03.2014.

Pelaburan luar negara sebanyak USD1.83 bilion adalah berkaitan dengan ekuiti dan pinjaman murabahah pelaburan terdahulu dalam usaha sama dengan PetroSaudi pada tahun 2009 – 2011, yang akhirnya ditukar pada bulan September 2012 kepada unit-unit dana bernilai USD2.318 bilion. Seperti yang dijelaskan oleh 1MDB kepada BNM, jumlah ini sebanyak USD2.318 bilion telah ditebus pada tahun 2014 dan 2015, dengan hasil yang digunakan dengan ketara. Baki USD940 juta unit dana, dijamin oleh Aabar dan telah ditanda untuk “pertukaran hutang untuk aset” dengan syarikat induk penarafan “AA”, IPIC, sebagai sebahagian daripada pelan rasionalisasi 1MDB.

Oleh itu, jelas bahawa jumlah asal USD1.83 bilion sama ada telah dibelanjakan atau ditandakan untuk urusan penyelesaian hutang, yang akan menghasilkan pengurangan yang besar hutang 1MDB, untuk setiap pelan rasionalisasi. 1MDB telah dengan teliti menyediakan pelbagai penjelasan terperinci fakta-fakta ini bertulis dan lisan kepada BNM antara Jun dan akhir September 2015.

1MDB mengakui dan menghormati kuasa BNM untuk membatalkan Kebenaran yang terdahulu dan mengeluarkan apa-apa arahan yang difikirkannya patut di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, walaupun Jabatan Peguam Negara mengesahkan bahawa tiada kesalahan telah dilakukan oleh pegawai-pegawai 1MDB. 1MDB akan bekerjasama dan terus melibatkan diri dengan BNM, untuk menangani kebimbangan mereka dan mencari penyelesaian yang baik.

http://www.1mdb.com.my/bm/siaran-media/1mdbs-response-to-bnm