Jangan Cuba Menggambarkan DAP Sebagai Sebuah Parti Berbilang Kaum

“Hannah Yeoh hanya fokus kepada kerja anda sebagai ADUN dan Speaker. Bahan propaganda berikan tugas itu kepada cyber trooper DAP anda lah.”

“Jangan letakkan diri anda serendah taraf Nga Kor Ming 倪可敏 please,” kata Muhamad Harris Nasril dalam Facebook hari ini. https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10153579373513592&set=a.89642488591.82338.716388591&type=3

Muhamad Harris berkata demikian sebagaimembandingkan propaganda Hannah Yeoh yang mahu menggambarkan DAP sebuah parti berbilang kaum yang berlawanan dengan realiti sebenar pemegang kuasa dalam kepimpinan tertinggi DAP.

Menurutnya, dalam kepimpinan tertinggi DAP yang dipautkan di laman dapmalaysia.org komposisi kaumnya didominasi kaum Cina -24 orang, India – 3 orang, Melayu- 2 orang dan Singh – 1 orang. http://dapmalaysia.org/parti/pimpinan/jawatankuasa-tertinggi-pusat/

Ini kontra dengan gambaran yang cuba diberikan Hannah Yeoh yang meletakkan 5 muka Melayu, 2 India, 1 Singh, 2 etnik Sabah dan Sarawak dan tiada muka kaum Cina.

Komposisi sebenar kaum dalam Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP yang menggambarkan wajah sebenar parti itu adalah seperti berikut :

Penasihat Seumur Hidup – Dr Chen Man Hin

Pemangku Pengerusi Kebangsaan – Tan Kok Wai

Naib Presiden

1. M. Kula Segaran

2. Chow Kon Yeow

3. Dr Ariffin Omar

4. Chong Chieng Jen

5. Teresa Kok

Setiausaha Agung – Lim Guan Eng

Timbalan Setiausaha Agung

1. Chong Eng

2. Ngeh Koo Ham

3. Prof. P. Ramasamy

Bendahari Kebangsaan – Fong Kui Lun

Penolong Bendahari Kebangsaan – Nga Kor Ming

Setiausaha Organisasi Kebangsaan – Anthony Loke Siew Fook

Penolong Setiausaha Organisasi Kebangsaan

1. Vincent Wu Him Ven

2. Su Keong Siong

Setiausaha Publisiti Kebangsaan – Tony Pua

Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan

1. Teo Nie Ching

2. Zairil Khir Johari

Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan – Liew Chin Tong

Penolong Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan – Dr Boo Cheng Hau

Setiausaha Antarabangsa – V. Sivakumar

Ketua Parlimen DAP – Lim Kit Siang

Ahli Jawatankuasa DAP

1. Dr Tan Seng Giaw

2. Leong Ngah Ngah

3. Teng Chang Khim

4. Gobind Singh Deo

5. Wong Sze Phin @Jimmy

6. Dr Edwin Bosi

7. Dr John Brian Anthony