Jika Najib Dipilih Semula, Kita Akan Dapat Jangka Apa Yang Akan Berlaku Seterusnya

Melihat Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia kini, yang bergelut dalam perjalanan politik di belakang skandal 1MDB, pemerhati mempersoalkan sama ada ini menandakan berakhirnya kedudukannya sebagai pemimpin negara – terutamanya dengan undi tidak percaya yang dirancang pada 19 Oktober. Tuduhan yang diterima juga terlalu banyak dan pantas, seperti siasatan ke atas peranan Najib dalam skandal itu, dakwaan pemindahan dana ke dalam akaun luar pesisir peribadi, situasi ini nampaknya telah membuka satu keseluruhan siri luka lama dan hanya menunggu masa untuk membalas dendam.

Kebanyakan masalah Najib terletak pada persepsi bahawa negara berada dalam kedudukan ekonomi yang lemah pada masa ini, dengan ancaman skandal 1MDB yang mendorong negara ke curam bahaya. Perbalahan media dengan bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad, yang mengaitkan kerunsingan terhadap ekonomi Malaysia dengan keengganan Najib untuk berundur, hanya meningkatkan ketidaktentuan ekonomi.

Nilai ringgit, sebagai contoh, telah menjunam berbanding dolar, pada paras terendah berbanding krisis Asia pada lewat tahun 90an. Keyakinan pelabur menjadi rendah, dengan pelaburan asing ke Malaysia jatuh sebanyak kira-kira 50% dalam tempoh separuh pertama tahun 2015. Walau bagaimanapun, gambaran suram ini hanyalah perkaitan kecil dengan situasi ekonomi yang dikendalikan Najib – kerana Malaysia masih mampu mengatasi prestasi negara-negara jiran – tetapi kerana kelembapan ekonomi di China baru-baru ini. Jadi mengapa pula Mahathir mengaitkan kewangan Malaysia dengan skandal perbankan?

Pada penelitian lanjut, semua situasi ini masih jauh untuk dilabelkan sebagai kegagalan ekonomi. Moody masih mengekalkan penarafan kredit A3, yang jelas menunjukkan keyakinan kepada ekonomi negara untuk bangkit semula. Daripada sebuah negara yang bergantung kepada eksport, Malaysia telah mempelbagaikan ekonomi negara dan ia dilihat sebagai satu usaha yang baik untuk menangkis permasalahan yang disebabkan isu 1MDB dan kemerosotan yang menjejaskan pasaran baru.

Tambahan pula, angka di bawah ini menunjukkan negara ini ditadbir dengan baik di bawah kepimpinan Najib:

Malaysia akan berkembang tahun ini dengan ramalan sebanyak 5%, dibantu dengan lebihan akaun semasa, kadar pengangguran yang rendah sebanyak 3% dan tahap simpanan yang tinggi. Sehubungan itu, Najib mengaktifkan semula dana operasi negara berjumlah $4.6 bilion pada September dipanggil dana ValueCap, yang dibentuk untuk menyokong kejatuhan saham yang teruk di negara ini. Terima kasih kepada program pelaburan pelbagai hala, negara ini masih di landasan yang betul untuk mencapai status negara “berpendapatan tinggi” menjelang tahun 2020, satu pencapaian yang hanya berjaya dicapai oleh 13 negara sejak tahun 60-an (daripada 101 buah negara berpendapatan sederhana).

Selain itu, walaupun dihimpit dengan kerakusan China dalam usahanya mengaut sumber asli, Malaysia telah menjadi salah satu negara paling inovatif di rantau ini, melalui usaha negara yang berterusan untuk memerangi perubahan iklim. Di bawah kepimpinan Najib, pelbagai inovasi telah diberi tumpuan bagi memajukan sumber tenaga yang boleh diperbaharui: terutamanya tenaga solar. Diwujudkan daripada dasar ekonomi dan cukai isentif yang menggalakkan industri tenaga solar, negara ini telah menjadi pengeluar panel solar keempat terbesar di dunia pada 2014.

Terlalu baik dengan Amerika Syarikat?

Walau bagaimanapun, kepimpinan Najib dihantui oleh bayangan gelap yang telah lama menyelubungi kawasan Asia Tenggara – bayangan pemerintahan silam.

Terjadi pada Negara jiran yang terletak di utara Malaysia, Thailand, pada masa ini dikuasai oleh ketenteraan junta, yang mendakwa telah mengambil tampuk pemerintahan untuk melindungi kedaulatan Thai, tetapi pada hakikatnya berbuat demikian untuk melindungi kepentingan ekonomi dan menubuhkan pakatan pemerintah Siam yang terdahulu. Walaupun tidak menghadapi situasi yang sama, boleh dikatakan situasi yang hampir sama juga wujud di Malaysia, dan skandal 1MDB telah memberikan alasan yang sempurna kepada ‘orang-orang lama’ untuk menyelar Najib ke atas apa yang dilihat sebagai tersasar dari dasar tradisonal.

Mantan Perdana Menteri yang dikatakan sebagai ‘kebal’, Mahathir Mohamad, adalah suara utama ‘orang-orang lama’ dan dalam temu bual baru-baru ini dengan terbuka telah menolak cara bekas anak didik beliau sendiri, Najib Razak dalam menguruskan kepimpinan beliau. Kononnya penolakan beliau terhadap Najib adalah atas alasan sentimen patriotik. Walau bagaimanapun, isu tersirat beliau telah pun diketahui: kerjasama erat antara Malaysia dan Amerika Syarikat.

Di bawah pimpinan bekas Perdana Menteri, Malaysia sangat bertegas kepada kaum Cina. Mahathir sentiasa mengkritik dasar luar AS:

“AS cenderung untuk ‘campur tangan’ di setiap negara, dan apabila mereka datang, pasti akan ada masalah … Mereka juga mahu datang ke Malaysia, tetapi pada waktu itu saya menolak kedatangan mereka.”

Sindiran yang dikeluarkannya baru-baru ini, dan perbualan lanjut yang menyokong kenyataan beliau, meletakkan tuntutan kepada sentimen pro-kedaulatan, sesetengah dari kita selalu mendengarnya daripada ahli politik yang berhempas pulas untuk bersaing dalam arus demokrasi pada abad ke 21, dan apa yang Mahathir terangkan mengenai imej ‘jari’ yang tersirat mungkin menggambarkan mekanisma yang diperlukan untuk sesebuah pentadbiran antarabangsa. Ia menjadi kebiasaan kepada orang yang mempunyai pemikiran sempit dan takut dengan mekanisme itu, serta tidak mampu melihat ke luar dari zon selesa mereka dan arus global masa kini.

Tetapi, Najib telah menjadi salah satu daripada kejayaan usaha “Pivot to Asia” oleh Obama, kerana beliau telah memimpin negaranya untuk lebih erat dengan Amerika Syarikat, mengakibatkan tercetusnya kata-kata ‘sumbang’ dari pemimpin-pemimpin Malaysia yang terdahulu. Tidak seperti negara jiran, Thailand, Malaysia merupakan penyokong kuat TPP, hingga ke tahap ianya bertentangan dengan pendapat umum.

Kuasa tradisional menetapkan bahawa pihak mereka tidak meyukai perjanjian pasaran terbuka dengan beberapa atau lebih rakan kongsi dari kuasa besar. Bukan sahaja kuasa berdagang untuk kepentingan mereka menjadi lemah, malah setiap tingkah laku mereka sentiasa diperhatikan oleh badan-badan kawalan yang selalu menjalankan perjanjian seperti ini. Sementara itu, Najib gembira untuk menggerakkan Malaysia ke hadapan dengan mematri perjanjian yang mendatangkan keuntungan kedua-dua pihak dengan Amerika Syarikat, beliau bergerak menentang kepercayaan dan pegangan kuat ahli tertinggi politik yang masih mempunyai pemikiran kolot.

Walaupun Mahathir dan pengikutnya sentiasa memberi tekanan kepada Najib, hakikatnya adalah sukar untuk mereka menarik sokongan untuk mendapatkan undi tidak percaya terhadap Najib seperti yang mereka harapkan . Sokongan yang diberi kepada Najib adalah kuat, dan di sebalik mendapat beberapa tentangan dari pihak pembangkang, kedudukan Najib kelihatan agak kukuh.

Jika beliau dipilih semula, suara-suara tentangan yang diperjuangkan oleh Mahathir tidak mungkin akan dapat dihentikan dan kita sememangnya seakan dapat menjangka drama seterusnya.

Oleh Rachael Willis,
Perunding risiko alam sekitar yang tinggal di Singapura.
http://www.huffingtonpost.com/rachael-willis-/does-a-noconfidence-vote-_b_8295410.html