Jumpa Perdana Menteri Israel : PM mahu fitnah dihentikan

Saya tidak boleh percaya bahawa Sampah Rakyat membuat kekecohan besar tentang pertembungan Najib dengan Netanyahu di dalam Dewan Perhimpunan Agung PBB selepas Najib menyelar Israel dalam ucapan rasminya.

Sampah Rakyat habis modal ke?

Ia adalah satu pertemuan tidak sengaja di tempat yang sama dan bukan satu mesyuarat rahsia atau mesyuarat rasmi di sana.

Ia bukannya seperti Najib tersenyum secara gembira atau memberinya pelukan atau ‘hi-five’.

Apa yang anda mahu Najib lakukan di sana di bangunan United Nations?

Lempang PM Israel?
——-
Saya difahamkan ada gambar saya dengan PM Israel yang diedarkan di media sosial, seolah-olah saya telah mengaturkan pertemuan dengannya.

Sebelum itu beliau berucap di Perhimpunan Agung United Nations, giliran saya selepasnya dan kami terserempak ketika sedang menunggu kenderaan masing-masing. Tidak ada sesiapa yang mengatur pertemuan tersebut.

Hentikan fitnah ini!

Najib Razak,
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10153088737165952