Kalau Zaman Tun M, Dua Individu Ini Langsung Tiada Peluang Untuk Dibicarakan

Tun Dr Mahathir Mohamad mengadakan sidang akhbar hari ini sebagai tindak balas kepada Khairuddin Abu Hassan dan Matthias Chang didakwa di mahkamah di bawah Seksyen 124L Kanun Keseksaan. Mereka kedua-duanya sebelum ini ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012.

Dr Mahathir berkata bahawa ini adalah satu penderaan dan tidak menghormati undang-undang dan satu-satunya jenayah yang kedua-duanya lakukan adalah memberitahu kebenaran. Ia belum dibuktikan lagi sama ada apa yang Khairuddin dan Matthias sebutkan adalah benar maka hendaklah perbicaraan menentukannya. Bagaimanapun, Dr Mahathir dalam banyak-banyak orang perlu tahu bahawa kebenaran adalah subjektif dan hanya kerana seorang berkata benar, itu tidak bermakna seseorang itu tidak melanggar sebarang undang-undang.

Dr Mahathir perlu diingatkan banyak kes pada zamannya apabila orang-orang yang berkata benar telah ditangkap, didakwa dan disabitkan dengan jenayah kerana bercakap benar. Sebagai contoh, Marina Yusoff didapati bersalah dan dihukum di bawah Akta Hasutan pada tahun 2000 kerana bercakap benar dan hakim memutuskan bahawa hanya kerana dia bercakap benar tidak bermakna dia tidak melakukan jenayah. Di bawah Akta Hasutan, bercakap benar boleh menyebabkan anda dipenjarakan, mahkamah mengingatkan pihak pembelaan.

Sekurang-kurangnya Khairuddin dan Matthias dibenarkan untuk dibicarakan yang mana mereka boleh mempertahankan diri mereka sekiranya tidak bersalah sekali gus akan dibebaskan.

Sewaktu Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri, beliau menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri terhadap para penentang dan pengkritik kerajaan dan tanpa perbicaraan.

Pada 2001, sepuluh penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan tanpa perbicaraan atas dakwaan sebagai pengganas dan enam daripadanya ditahan selama dua tahun sebelum mahkamah membuat keputusan bahawa mereka bukanlah pengganas dan penahanan itu adalah tidak sah.

Oleh Salleh Said Keruak,
Menteri Komunikasi dan Multimedia,
http://sskeruak.blogspot.my/2015/10/response-to-dr-mahathirs-press.html