Kenyataan BNM Tiada Menyebut Apa-Apa Tentang Rasuah. Tiada Apa Tentang Berbilion Hilang.

Para zombi begitu terdesak hingga mereka perlu mengambil jalan menyebar dan memutarbelitkan segala yang terkandung dalam sebarang kenyataan yang membuat Peguam Negara dan 1MDB kelihatan dalam keadaan yang tidak baik.

Kita dengan mudah dapat melihat mereka berpura-pura terkejut bahawa media asing melaporkan perkara negatif tentang negara ini walaupun kita tahu mereka adalah orang-orang yang bekerjasama dengan media asing. Mereka menyorak kenyataan oleh Majlis Raja-Raja (adalah apa yang kerajaan juga mahu) walaupun ia adalah semata-mata sentimen. Dan kini mereka menggunakan satu kenyataan BNM yang tidak ada kena mengena dengan tuduhan terhadap 1MDB selama ini (jelas palsu).

Ini kerana mereka tidak dapat langsung menyediakan bukti-bukti tentang berbilion wang hilang, wang yang disalur keluar oleh Jho Low atau sesiapa sahaja, aset BSI yang tidak bernilai, gagal membayar pinjaman, pengubahan wang haram, pemindahan wang haram dan lain-lain.

Itulah sebabnya mereka perlu mengubah tiang gol. Kenyataan BNM tiada menyebut apa-apa tentang rasuah. Tiada apa tentang berbilion hilang. Tiada apa tentang pemindahan wang haram. Tiada apa tentang wang yang disalurkan keluar. Tiada apa tentang pengubahan wang haram. Kemudian apa lagi yang ada? Nah, dengan bantuan mikroskop, mungkin terdapat ketidaksempurnaan teknikal atau prosedur, jika ada sama sekali – mungkin kesilapan menaip dalam mengisi borang sahaja.

Menyedihkan.

Kenyataan BNM berkata:
“Bank Negara Malaysia, sebagai pihak berkuasa siasatan dengan penuh bertanggungjawab telah menjalankan siasatan pada tahap profesional yang paling tinggi dan terperinci. Bank Negara Malaysia menghendaki pendedahan maklumat yang tepat dan lengkap setiap masa apabila mempertimbangkan apa-apa permohonan di bawah ECA. Di pihaknya, Bank Negara Malaysia merumuskan bahawa kebenaran yang diberikan di bawah ECA bagi pelaburan 1MDB di luar negeri adalah berdasarkan pendedahan maklumat relevan yang dikehendaki Bank Negara Malaysia semasa membuat penilaian terhadap permohonan 1MDB itu. Walau bagaimanapun, didapati bahawa maklumat yang diberikan adalah sama ada TIDAK TEPAT ATAU TIDAK LENGKAP.”
http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=en_press&pg=en_press_all&ac=3276&lang=en

Perkara pertama adalah ini membuktikan bahawa BNM sememangnya sedar bahawa 1MDB telah memindahkan wang keluar dan mereka memang mendapat kelulusan BNM. Iaitu, 1MDB telah melalui proses kawal selia yang sewajarnya. Kalaulah BNM beritahu kita tentang ini lebih awal sebelum zombi dan cybertrooper mula dengan kegilaan fitnah mereka.

Adalah menarik bahawa BNM tidak secara jelas mengatakan sama ada kebenaran (diberikan dari 2009) kini dibatalkan kerana “tidak tepat ATAU tanpa pendedahan lengkap maklumat”.

Perhatikan perkataan yang digunakan adalah “atau”, bukan “dan”.

Ia seperti mengatakan jika tidak yang ini, mungkin yang itu. Ini menjadikan alasan mereka kelihatan agak rapuh tetapi cukup untuk BNM mahu muncul kelihatan “bebas”. Sekurang-kurangnya ia tidak lucu seperti kertas pertuduhan yang kononnya akan dikeluarkan oleh bekas Peguam Negara Gani Patail walaupun sebelum selesainya siasatan SPRM. (Ingat bahawa “Pasukan Petugas Khas” dibentuk oleh Gani – tetapi tidak secara sah – termasuk BNM dan SPRM. Dan ingat bahawa dokumen bocor juga keluar dari BNM. Oleh itu ia tidak boleh dipandang ringan bahawa terdapat pensabotaj juga di dalam BNM. Nampaknya ini adalah yang terbaik mereka boleh lakukan).

Ini adalah sangat subjektif:
BNM boleh mengatakan maklumat yang tidak tepat tetapi 1MDB juga boleh menegaskan maklumat itu adalah tepat dan lengkap.

Seseorang akan didapati menipu – sama ada 1MDB atau BNM – jika BNM berkata maklumat yang diberikan DIPALSUKAN tetapi BNM tahu mereka tidak akan dapat melepaskan diri dengan kenyataan seperti itu.

Maklumat “tidak tepat” atau “tidak lengkap” adalah pertaruhan yang lebih selamat (supaya BNM boleh pergi dengan semantik) tetapi jelas Peguam Negara bergantung kepada piawai bukti yang lebih tinggi untuk pendakwaan.

Berkenaan dengan maklumat yang tidak lengkap, jika benar, BNM sendiri boleh dituduh cuai. Kita bercakap tentang USD1.83 bilion, jadi BNM sepatutnya sentiasa meminta maklumat sehingga mereka berpuas hati bahawa semua maklumat diberi adalah yang mereka perlukan. Itu hanya pendapat peribadi saya berdasarkan akal.

Tambahan pula penggunaan dana telah diterangkan dalam akaun yang telah diaudit 1MDB iaitu tidak pernah berlaku apa-apa usaha untuk menyembunyikan maklumat tersebut.

“…penggunaan dana tersebut telah diterangkan secara terperinci dalam nota-nota penyata kewangan yang telah diumumkan 1MDB bertarikh 31.03.2009 hingga 31.03.2014.”

“1MDB telah menyediakan dengan teliti pelbagai penjelasan bertulis terperinci dan lisan mengenai fakta-fakta ini kepada BNM antara Jun dan akhir September 2015.”

“1Malaysia Development Berhad (1MDB) mengakui dan menghormati kuasa Bank Negara Malaysia (BNM) untuk membatalkan kebenaran dan mengeluarkan apa-apa arahan yang difikirkannya patut di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, walaupun Jabatan Peguam Negara mengesahkan bahawa pegawai-pegawai 1MDB tidak melakukan sebarang salah laku. 1MDB akan terus bekerjasama dan melibatkan diri dengan BNM.”
http://www.1mdb.com.my/press-release/1mdbs-response-to-bnm

Penjelasan seterusnya ini tentang bagaimana USD1.83 bilion diguna dan dikembalikan.
https://www.facebook.com/wakeupmalaya/photos/pb.568824709898951.-2207520000.1444477265./844897778958308/?type=3

Oleh Azmi Arshad,
https://www.facebook.com/azmi929/posts/868489223271882