Kerajaan Perlu Ambil Ambil Alih Tol Sepertimana Mereka Lakukan Dengan PLUS

Kadar tol dan kenaikan harga tol semua dinyatakan dalam perjanjian konsesi – majoriti yang ditandatangani dan / atau dipersetujui pada zaman Tun Mahathir.

Kerajaan tidak boleh sewenang-wenangnya melanggar perjanjian.

Jika mereka melanggarnya walaupun sekali, semua perjanjian yang pernah ditandatangani oleh kerajaan akan berisiko dan pasaran akan menghukum Malaysia.

Mana-mana kontrak kerajaan dan perjanjian pada masa akan datang akan diragui.

Cara untuk menyelesaikan masalah ini adalah melakukan apa yang kerajaan lakukan dengan PLUS – mengambil alih dan membuat penyusunan semula.

Dan untuk melakukan ini terhadap semua konsesi tol yang sedia ada dan mencegah atau menghadkan konsesi tol pada masa hadapan bermakna penstrukturan semula skala industri hampir seperti apa yang Kerajaan lakukan menggunakan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dengan pemegang konsesi air dan apa yang Kerajaan cuba untuk lakukan dengan industri IPP menggunakan 1MDB tetapi tergelincir oleh serangan politik.

Adakah anda akan menyokong “Suruhanjaya Perkhidmatan Tol Negara”?

Dengan melakukan ini akan merugikan perniagaan lebih ramai kroni-kroni lama.

Oleh Lim Sian See,
https://www.facebook.com/lim.siansee/posts/1728916100660510