Kerajaan Tetap Akan Dihentam Walaupun Bajet Dibentangkan Sama Seperti Pakatan Pembangkang

Sah bahawa PricewaterHouseCoopers (PWC) juga kroni UMNO-BN – sama seperti WEF, Bank Dunia, IMF dan ketiga-tiga agensi penarafan kredit.

Pengarah Eksekutif mereka memuji Bajet 2016 yang dihentam oleh Pakatan itu.

Saya pasti walaupun UMNO-BN cadangkan bajet yang sama seperti bajet bayangan Pakatan, Pakatan dan rakan-rakan yang berkaitan dan penganalisis juga akan hentam.
—–
Mewujudkan kategori M40 merupakan satu langkah bijak oleh Perdana Menteri yang bersedia menerima maklum balas orang ramai dalam menangani peningkatan kos sara hidup bagi kumpulan kelas pertengahan, demikian menurut perunding cukai.

M40 merujuk kepada kelompok pertengahan 40 peratus isi rumah yang berpendapatan antara RM3,860 hingga RM8,319.

“Saya berpendapat ini merupakan suatu langkah bijak oleh Perdana Menteri memandangkan beliau sedia menerima maklum balas daripada luar dan menyedari kelas pertengahan juga perlu dibantu,” kata Pengarah Eksekutif PricewaterhouseCoopers Capital Sdn Bhd, Patrick Tay Soo Eng kepada Bernama, hari ini.

Semasa membentangkan Bajet 2016, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata definisi M40 akan diperincikan dari masa ke masa.

Bagi Tay, Bajet 2016 memberi tumpuan kepada rakyat dan pendekatan menyeluruh kepada kelima-lima objektif kerajaan.

Objektif ini meliputi pengukuhan daya tahan ekonomi, memastikan keterangkuman, meningkatkan modal insan dan meningkatkan produktiviti, inovasi dan teknologi hijau, serta menjaga kesejahteraan rakyat.

Mengenai sama ada peruntukan bajet baik bagi Rancangan Malaysia kesebelas (2016-2020), Tay berkata ia benar-benar adalah satu bajet yang penting, menjadi peruntukan yang pertama untuk melaksanakan RMK-11.

“Saya percaya ada inisiatif, bagaimanapun, saya rasa ucapan bajet mungkin dihadkan oleh masa, memandangkan sebahagian daripada langkah-langkah yang tidak dinyatakan.

“Adalah penting dalam tempoh dua atau tiga minggu akan datang, kerajaan perlu menyatakan dengan jelas rasional di sebalik beberapa inisiatif ini,” katanya.

Dalam menilai bajet, beliau berkata, adalah jelas mengenai langkah-langkah untuk meningkatkan produktiviti dan daya saing serta cara-cara untuk mengurangkan beban rakyat, tetapi agak kurang jelas mengenai sama ada ia memberikan laluan yang jelas kepada pelabur dan pembuat keputusan dalam ketidaktentuan ekonomi.

Mengenai unjuran ekonomi bagi 2016, Tay berkata, “Ia akan mencabar kerana di dunia yang saling berkait ini, kita akan merasakan pengimbangan semula ekonomi China dan kita akan mengalami keadaan turun naik mata wang dan harga komoditi yang lebih rendah.

“Walaupun mencabar, ia tidaklah begitu sukar sebagaimana yang dikatakan Perdana Menteri bahawa Malaysia mempunyai asas pertumbuhan yang kukuh, program perbelanjaan infrastruktur yang teguh, asas ekonomi baik dan yang paling penting, perniagaan dan pekerja yang baik di negara ini.

“Di tengah-tengah cabaran itu, kita (rakyat Malaysia) perlu bersedia untuk melaluinya dengan lebih kuat dan lebih berdaya tahan,” kata Tay.

http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/bu/newsbusiness.php?id=1182889