TPPA : Kerajaan Tidak Akan Bersetuju Dengan Apa-Apa Terma Dan Syarat Yang Melanggari Perlembagaan Mahupun Yang Bertentangan Dengan Dasar-Dasar Asas Kerajaan.

AL-KISAH TPPA.

Di dalam mana-mana perjanjian, semestinya ada mesyuarat di antara kesemua pihak untuk menentukan terma-terma dan syarat-syarat untuk perjanjian tersebut sebelum perjanjian itu dimeterai, lebih-lebih lagi perjanjian di antara negara yang meliputi perkara-perkara yang kompleks dan rumit.

Berkenaan perjanjian TPPA, Malaysia telah pun mendapat kelonggaran/pelepasan/konsesi dari pihak-pihak lain terhadap tiga perkara yang sensitif yakni:-

i. Kepentingan Bumiputra;
ii. Prokumen awam;
iii. Syarikat-syarikat milik kerajaan.

DS Mustapa juga berkata bahawa Kerajaan tidak akan bersetuju dengan apa-apa terma dan syarat yang melanggari Perlembagaan mahupun yang bertentangan dengan dasar-dasar asas Kerajaan.

Setelah terma-terma dan syarat-syarat ini dipersetujui dan setiap ayat dan perkataan disiapkan (kita harus peka bahawa tatacara penulisan perjanjian adalah teramat teliti), barulah draf tersebut akan di bawa kepada Kabinet dan akan di bentangkan kepada Parlimen untuk didebat.

Jika lulus di Parlimen, barulah perjanjian TPPA ditandatangani.

Oleh Saiful Bahari Baharom,
https://www.facebook.com/saiful.baharom/posts/10206080192017831