Kita Mahu Proses Demokrasi Yang Dijalankan Secara Bertamadun Dan Beretika

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang seperti sedang membakar jambatan sekaligus mencabar kemarahan Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng apabila membuat kenyataan yang persis membela Najib Abdul Razak, Presiden UMNO yang amat dibenci oleh Lim Kit Siang dan keseluruhan para pecacainya dari kalangan DAP dan PKR.

Hadi Awang mengutuk Ahli-Ahli Parlimen pembangkang yang membuat demonstrasi dan menjulang plakad semasa pembentangan bajet 2016 minggu lepas.

Menurut Hadi, Ahli-Ahli Parlimen tersebut telah menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab dan bertentangan sebagai manusia yang bertamadun.

Hadi merujuk kepada demonstrasi dalam Dewan Rakyat ketika Perdana Menteri membentangkan Bajet 2016 apabila beberapa orang Ahli Parlimen pembangkang membuat bising sambil mengangkat plakad yang bertulis, ‘MANA RM2.6 BILION?’

“Kita mahu proses demokrasi yang dijalankan secara bertamadun dan beretika,” kata Hadi.

Ahli-Ahli Parlimen parti perampas, AMANAH, seperti Khalid Samad pula terang-terang menunjukkan sokongan mereka kepada apa-apa sahaja yang dilakukan oleh DAP. Dalam hal ini juga, Khalid Samad menyokong penuh tindakan Ahli-Ahli Parlimen DAP yang menurutnya idak ada yang salah. Sebaliknya beranggapan ia adalah salah satu hak untuk menunjukkan tanggapan masing-masing.

Reaksi yang ditunjukkan oleh Hadi Awang, sudah pasti mengundang kecaman dan serangan bertali arus ke atasnya.

Beberapa orang Ahli Parlimen PAS termasuklah Nik Abduh sebelum ini dikecam oleh Ahli-Ahli Parlimen PKR dan DAP kerana tidak turut serta berdiri dan memegang plakad. Sebelum ini pun, Abdul Hadi Awang dan PAS dikatakan telah bersekongkol dengan Najib dan UMNO.