Kita Terlampau Selesa Dengan Status Quo Yang Tersedia Sejak 20 Tahun Lalu

Cabaran Dato Sri Najib ni banyak.

Ujian yang di beri kepadanya bertalu-talu.

Apabila beliau pertama kali menyandang jawatan Perdana Menteri, dunia di landa krisis kewangan dan ekonomi. Dengan melaksanakan program “stimulus” ekonomi negara hanya mengalami kegawatan untuk tiga bulan dan kemudian melonjak kembali kepada pertumbuhan yang sihat.

Sebaik sahaja pulih dari krisis ini, harga minyak naik melambung, hingga mencecah USD120.00 setong. Harga komoditi naik, harga barang asas makanan naik. Mujurlah, dengan harga minyak dan kelapa sawit, terdapat hikmahnya juga kepada negara walaupun kos subsidi minyak kerajaan amat tinggi pada masa itu.

Kemudian pula datang banjir di Pahang, dan tahun lepas banjir di Kelantan.

Nahas MH370 dan MH17.

Sekarang pula negara menghadapi kejatuhan harga minyak dan kelapa sawit, juga kejatuhan matawang RM yang terutamanya di sebabkan oleh gelagat dasar kewangan negara Cina dan Amerika Syarikat.

Untuk menangani cabaran-cabaran ini, bukan senang, di samping menepis hentaman demi hentaman dari pihak Pembangkang yang mempolitikkan setiap langkah beliau.

Pada waktu yang sama, DSN juga bekerja keras untuk meningkatkan kemampuan negara untuk menjadi sebuah negara berstatus ekonomi berpendapatan tinggi.

Pencapaian ini bukan hanya terletak di dalam negara kita mencapai pendapatan sejumlah USD15,000 se kapita malah adalah lebih besar dari itu.

Sebuah negara berpendapatan tinggi bermakna ekonomi kita akan berubah, cara korporat-korporat kita bekerja akan berubah.

Mungkin ada di antara kita tidak mahu berubah.

Mereka senang dan mewah dengan keadaan status quo yang telah tersedia sejak 20 tahun yang lalu.

Oleh Saiful Bahari Baharom,
https://www.facebook.com/saiful.baharom/posts/10206131401938047