Kos Sebenar TNB Untuk Mengeluarkan “Tenaga” Ialah 8 sen Sahaja. Tetapi EPU Melalui Tun M Memaksa TNB Untuk Bayar Kepada YTL Sebanyak RM23 sen.

Semua pihak mengkritik perjanjian (PPA) IPP YTL sebagai paling tidak adil dalam sejarah dunia. Tun M membenarkan syarikat YTL yang dikuasai oleh taikun perniagaan kaum Cina mengaut “wang percuma” selama 21 tahun.

Justeru, ribuan terima kasih diucapkan kepada Datuk Seri Mohd Najib kerana berjaya menamatkan kerakusan YTL terhadap TNB dan rakyat. Semua ini berlaku melalui 1MDB yang membeli beberapa IPP tersebut.

Untuk makluman, dalam perjanjian PPA tersebut TNB dipaksa membeli “tenaga” dari IPP YTL sama ada TNB perlu atau tidak tenaga tersebut atau jika TNB sudah pun mempunyai “lebihan” tenaga. Ini adalah “perintah” mandatori dari Tun M sewaktu beliau berkuasa.

Atas sebab itu perjanjian PPA ciptaan Tun M itu dianggap paling kejam di dunia.

Paling kejam sekali adalah di dalam PPA tersebut ada klausa yang mengatakan YTL dijamin dengan kadar harga minyak yang tetap dan tidak berubah. Bermakna, jika berlaku kenaikan harga petrol, TNB wajib bayar pampasan kepada YTL. Adakah ini dikategorikan sebagai tidak kejam?

Allahyarham Tan Sri Ani Arope pernah mendedahkan perjanjian kejam ini kepada khalayak. Beliau dilaporkan dipecat oleh Tun M daripada jawatan beliau selaku CEO TNB pada tahun 1996. Dalam pendedahan beliau, kos sebenar TNB untuk mengeluarkan “tenaga” ialah 8 sen sahaja. Tetapi EPU melalui Tun M memaksa TNB untuk bayar kepada YTL sebanyak RM23 sen.

Akibatnya beliau bersemuka dengan Tun M dan pernah menyatakan “Sir, your Economic Planning Unit (EPU) sekarang sudah bertukar kepada Economic Plundering Unit. So i will not signing it”.

Inilah yang dikatakan menjadi punca utama kepada pemecatan Allahyarham Tan Sri Ani Arope selaku CEO TNB pada tahun berkenaan.

Sumber: https://aidcnews.wordpress.com/2015/10/08/hanya-kerana-taikun-cina-tun-m-cuba-guling-najib/