Mei 2006, Untuk Pertama Kalinya, Pemimpin Melayu Yang Diketuai Oleh Anwar Ibrahim Telah Menyerang DEB.

Ramai yang tidak menyedari bila dan bagaimana orang Cina begitu berani menyerang kepimpinan orang Melayu. Dan dengan ‘Kepimpinan Melayu’ itu saya tidak merujuk kepada UMNO sahaja. Ianya termasuklah PAS.

Ianya bermula sekitar Mei 2006. Ketika itu, PKR menyedari yang jalan terbaik untuk mengalahkan UMNO dan meraih sokongan untuk pembangkang adalah dengan menyerang Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan pelaksanaanya.

Sebelum ini, orang Cina memang tidak gembira dengan DEB tetapi mereka tidak meluahkannya. Tetapi sejak Mei 2006, untuk pertama kalinya, pemimpin Melayu yang diketuai oleh Anwar Ibrahim telah menyerang DEB.

Ini telah membangkitkan semangat orang Cina di dalam DAP, malah NGO seperti SUARAM mula menyerang DEB secara terbuka. Saya telah berbalah dengan Anwar berkenaan hal ini. Saya beritahu beliau dan Tian Chua yang DEB adalah satu polisi yang diambil semangatnya dari Perlembagaan dan sebahagian dari perjanjian kemerdekaan. Masalah utama dengan DEB adalah pelaksanaan dan penyalahgunaannya.

Mereka tidak bersetuju yang kita perlu membezakan polisi dan pelaksanaan. Mereka mahu menyerang DEB secara menyeluruh untuk menarik sokongan dari UMNO. Dan mereka berjaya. PRU 2008 telah menyaksikan undi bukan Melayu telah beralih kepada pembangkang.

Pada PRU 1999, berhadapan dengan laungan Reformasi, 60% orang Cina masih menyokong Barisan Nasional. Pada PRU 2004, mereka masih lagi menyembunyikan perasaan tidak gembira mereka. Tetapi dengan serangan ke atas DEB yang diketuai oleh orang Melayu, orang Cina mengenepikan perasaan takut mereka dan 90% dari mereka mengundi pembangkang.

Saya kekal dengan pembangkang, PAS, tetapi bukan untuk melihat hak istimewa orang melayu muslim terhapus. Sebab itu saya tinggalkan Anwar Ibrahim.

Oleh Abdul Rahman Othman,
Sumber: http://www.malaysia-today.net/why-i-parted-ways-with-anwar/