Memahami bagaimana seorang Hakim menjatuhkan hukumannya

Kepada yang memaki Sistem Perhakiman Negara (Kerajaan pihak Eksekutif tidak ada kena mengena di dalam hal ini) kerana mempenjarakan seorang pencuri 16 bulan, mereka perlu memahami tata dan cara seseorang hakim menjatuhkan hukumannya.

Saya percaya ramai di antara kita pernah membaca seseorang pesalah merayu kepada hakim untuk meringankan hukumannya mengambil kira bahawa pesalah melakukan kesalahan tersebut untuk pertama kali (first offender) dan faktor-faktor lain seperti beliau mempunyai rekod sebagai ketua keluarga yang baik dan mempunyai perwatakan yang baik.

Sebab itu, undang-undang memberi Tuan Hakim ruang dalam menjatuhkan hukuman “tidak kurang dari 2 bulan dan tidak lebih dari 10 tahun”, umpamanya.

Para hakim mengambil kira perkara-perkara ini di dalam keputusan hukumannya.

Bacalah di bawah mengapa si pencuri itu di hukum 16 bulan.
————————–——
Saya mencuri sebab hendak beli nasi!” kata seorang pencuri.

Maka seluruh Malaysia pun maki kerajaan sebab ada orang mencuri hendak beli nasi dihukum penjara 16 bulan.

Yang orang tidak peduli ialah Fakta kes:

Mengikut kertas pertuduhan, Khairulnizam dituduh mencuri sebotol minyak wangi jenama Le Scenteur dan sembilan berus gigi jenama Oral B bernilai RM132.74 di pasaraya Carrefour, pusat beli-belah East Coast Mall, di sini, 19 September lalu, jam 2.30 petang.

Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan memperuntukkan penjara maksimum 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Mahkamah menyenaraikan rekod kesalahan lampaunya sejak 1993 hingga 2006 atas kesalahan mencuri, memiliki barang curi dan lari dari pusat serenti.

Oleh Saiful Bahari Baharom,
https://www.facebook.com/saiful.baharom/posts/10206062455694434