Mengapa Membawa Penyapu Dalam Mana-Mana Perhimpunan Di Malaysia Adalah Sensitif

Ini adalah untuk pembacaan para penyokong BERSIH 4.0 yang masih tidak faham mengapa membawa penyapu dalam perhimpunan amat sensitif.

Berikut adalah dari Wikipedia bahasa Melayu tentang peristiwa 13 Mei 1969:

“Sesetengah penunjuk perasaan membawa penyapu, kemudiannya dikatakan sebagai simbol menyapu keluar orang Melayu dari Kuala Lumpur, sementara yang lain meneriak slogan mengenai tenggelamnya kapal Perikatan — logo perikatan.

Ia berlarutan hingga ke 13 Mei 1969 sebelum Parti Gerakan mengeluarkan kenyataan meminta maaf pada 13 Mei di atas kelakuan penyokong mereka.”

Soalan saya adalah ini. Jika Gerakan boleh memohon maaf atas tindakan penyokong mereka, kenapa DAP tidak boleh?

Mengapa begitu sukar bagi DAP untuk meminta maaf dahulu dan mengapa begitu sukar juga untuk meminta maaf sekarang untuk tindakan penyokong-penyokong mereka baru-baru ini pada perhimpunan BERSIH 4.0 tersebut?

Di sini, saya juga ingin mengutuk sekeras-kerasnya Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah kerana menjadi benar-benar buta sejarah dan benar-benar tidak sensitif pada hakikat bahawa tindakan beliau boleh menyinggung perasaan sebahagian besar masyarakat.

Maria Chin berkata penyapu dibawa pada perhimpunan perhimpunan BERSIH 4.0 untuk melambangkan “pembersihan rasuah dan sistem politik”.

“Tiada siapa yang membawa penyapu dengan niat untuk mencetuskan isu perkauman,” katanya.

Oleh itu, nampaknya penyapu dibawa ke perhimpunan BERSIH 4.0 dengan pengetahuan penuh pihak penganjur.

Bagaimana bodoh dan naifnya mereka.

Hanya dengan memahami sejarah dan sensitiviti membolehkan kita mengelak kejadian berulang pada masa hadapan seperti ini yang boleh membawa kepada kerosakan yang lebih teruk pada keharmonian kita.

Tetapi ia kelihatan seperti Maria Chin Abdullah tidak atau enggan untuk memahami perkara ini.

http://www.malaysiakini.com/news/310807
https://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_13_Mei

Oleh Lim Sian See,
https://www.facebook.com/lim.siansee/posts/1724599714425482