Mengapa Pembiayaan Kerajaan Untuk Pendidikan Tinggi Sengaja Dikurangkan?

Sila baca ini sebelum anda dapat ditipu oleh propaganda Pakatan lagi.

Ini nampaknya satu serangan utama mereka untuk Bajet 2016.

Adakah anda tahu apa yang dimaksudkan dengan gila? Melakukan perkara yang sama berulang-ulang kali dan mengharapkan hasil yang berbeza.
——
Pendidikan di Malaysia sentiasa menerima peruntukan terbesar bajet Kerajaan kita dan biasanya sebanyak 26% daripada semua wang yang dibelanjakan oleh kerajaan bagi tahun itu.

Perbelanjaan Malaysia terhadap pendidikan adalah lebih daripada dua kali ganda apa negara ASEAN yang lain belanjakan secara purata (3.8% berbanding dengan 1.8% daripada KDNK).

Walaupun menghabiskan lebih tinggi daripada negara lain, keputusan tidak seperti yang diharapkan dan kita pasti boleh melakukan lebih baik.

Oleh itu, Malaysia keluar dengan rangka tindakan Pelan Pendidikan Tinggi 10 tahun yang mengutamakan hasil dan bang-for-the-buck, bukan sekadar membelanjakan jumlah wang yang semakin meningkat ke atas pendidikan tinggi dengan keputusan yang kurang cemerlang.

Salah satu teras utama pelan tindakan ini adalah untuk mengurangkan pergantungan kepada pembiayaan kerajaan dan supaya Universiti bekerja lebih rapat dengan sektor swasta serta menguruskan dana endowmen mereka sendiri.

Pendekatan ini adalah hampir sama dengan universiti di barat di Amerika Syarikat di mana biasiswa dan penyelidikan akan dibiayai oleh sektor swasta dalam bidang yang diputuskan dan secara komersial berdaya maju.

Pendekatan lama di mana Universiti memberikan biasiswa dan melakukan penyelidikan – semua dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan – dalam apa sahaja yang mereka mahu dan melahirkan graduan yang mereka amat berharap sektor swasta akan ambil.

Pendekatan yang baru adalah sektor swasta memberi dana dan menentukan apa yang pelajar kaji dan penyelidikan yang patut dilakukan supaya pelajar dan penyelidikan itu berkaitan dengan mereka dan mereka boleh memberi peluang pekerjaan kepada pelajar-pelajar dan juga mengkomersialkan inovasi mereka dari bentuk penyelidikan ke dalam bentuk produk dan perkhidmatan yang berpotensi dijual.

Pengurangan pembiayaan kerajaan untuk pendidikan tinggi telah bermula pada 2015 dan akan diteruskan pada 2016 – ini adalah satu langkah yang SENGAJA.

Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna bahawa bayaran yuran untuk pelajar Malaysia akan meningkat. Yuran pelajar antarabangsa akan meningkat dan Universiti telah ditugaskan untuk mengekalkan kos yang rendah pengajian tinggi untuk rakyat Malaysia.

Kini terpulang kepada universiti untuk mengisi jurang ini melalui kerjasama dengan sektor swasta dan juga meningkatkan kecekapan dan mengurangkan kos dalam menjalankan institusi mereka sambil menyampaikan keputusan dan hasil yang lebih baik.

Sudah tentu, ahli-ahli politik pembangkang mengambil kesempatan daripada kekurangan kesedaran orang ramai mengenai perubahan dramatik dalam pendidikan tinggi ini.

Mereka lebih suka kita terus mengeluarkan peningkatan jumlah wang – lebih dua kali ganda daripada apa yang negara-negara lain lakukan – di Universiti dan berdoa agar keadaan akan berubah dan hasil keputusan akan bertambah baik.

Jika pendekatan ini tidak memberi kita keputusan yang kita mahu sejak dua dekad yang lalu, perkara ini tidak mungkin akan berubah dalam tempoh dua dekad akan datang jika kita terus guna pendekatan yang sama.

Atau adakah anda pilih anjakan strategik untuk pendekatan baru dalam pelan tindakan itu – satu pendekatan yang telah terbukti berjaya di negara-negara lain untuk meningkatkan hasil pendidikan kita lebih tinggi?

Pautan ke Pelan Pengajian Tinggi: http://bit.ly/1MbDE3f

http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/public-universities-to-raise-own-funds-says-source

Sumber:https://www.facebook.com/BukanZombie/photos/a.176411609205284.1073741827.176409242538854/491626797683762/?type=3&theater