Muhyiddin Dan Shafie Lupa Bahawa Mereka Pernah Menjadi Ahli Kabinet Yang Meluluskan Pelan Rasionalisasi 1MDB

Shafie Apdal telah menuduh dana pelaburan strategik negara 1MDB sebagai cuba menghina kepintaran rakyat dengan berkata banyak perkara yang dibimbangkan rakyat tidak dijelaskan kepada rakyat. Shafie, bersama-sama dengan Muhyiddin Yassin, turut menghadiri sidang akhbar yang dianjurkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini untuk membantah penggunaan SOSMA ke atas 2 orang individu yang telah didakwa atas tuduhan mensabotaj perkhidmatan perbankan dan kewangan Malaysia.

m dijadikan undang-undang di parlimen dan kedua-dua mereka, ketika berada di dalam kabinet, telah mengundi menyokong pelaksanaan undang-undang ini. Mereka tidak, ketika itu, membantah atau bersuara menentangnya. Malah, SOSMA, yang menggantikan ISA, membenarkan perbicaraan, tidak seperti penahanan tanpa bicara di bawah ISA, yang sekarang telah dimansuhkan.

Shafie dan Muhyiddin juga merupakan ahli kabinet sehingga Julai dan isu 1MDB telah dibincangkan di mesyuarat kabinet jadi mereka tidak boleh mendakwa yang mereka tidak tahu apa-apa mengenainya. Malah, Muhyiddin sendiri mempengerusikan salah satu mesyuarat kabinet dimana isu 1MDB dibincangkan dan keseluruhan isu dijelaskan.

1MDB, yang telah menerima Presiden baru tahun ini, telah mempersembahkan pelan rasionalisasi dan pengurangan hutang kepada kabinet pada Jun tahun ini. Ianya telah diluluskan kabinet, yang masih lagi dianggotai oleh Shafie dan Muhyiddin ketika itu. Dan telah dijelaskan bahawa 1MDB memerlukan 6 bulan sehingga hujung tahun ini menyelesaikan proses rasionalisasi dan pengurangan hutang. Shafie dan Muhyiddin tidak membantah mahupun tidak bersetuju dengannya.

Sekarang, Muhyiddin dan Shafie berbicara seolah-olah mereka langsung tidak diberitahu apa-apa mengenai 1MDB tidak pernah menjadi anggota kabinet yang telah meluluskan pelan rasionalisasi dan pengurangan hutang. Adakah mereka meluahkannya pada Jun lepas yang mereka tidak bersetuju dengan rancangan ini dan tidak akan mengundi untuk menyokongnya? Malah, ketika Muhyiddin mempengerusikan mesyuarat kabinet, beliau mempunyai kuasa untuk menyatakan pendirian beliau tetapi akhirnya tidak berbuat demikian.

Oleh Datuk John Ambrose,
Ketua Umno Bahagian Penampang, Sabah.
http://www.malaysia-today.net/statement-by-datuk-john-ambrose-ketua-bahagian-umno-penampang/